Wednesday, 5 February 2014

[TERGEMPAR] Bangunan Kerajaan Di Shah Alam Berhantu? | FAKTA ATAU AUTA

[TERGEMPAR] Bangunan Kerajaan Di Shah Alam Berhantu? | FAKTA ATAU AUTA | Bekerja di pejabat sehingga lewat malambukanlah satu kehendak.

bangunan-suk-shah-alam

Namun di atas desakan orang atasan yang mahukan sesuatu ‘task’ disiapkan segera, terpaksalah berkorban masa.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Hendak siapkan di rumah, mungkin memakan masa atau tidak fokus. Jadi di pejabatlah hanya sesuai untuk menyiapkan kerja tersebut. Di bawah ini terdapat satu kisah seram di mana seorang wanita mendakwa diganggu ketika sedang menyiapkan tugasannya. Apa yang kami kongsikan di sini, adalah menjadi pilihan sama ada kita mahu mempercayainya atau pun tidak. Namun alam ghaib itu sudah diakui wujud.

Kebanyakkan kes2 menyeramkan selalu terjadi di lokasi yg biasa senang dijumpai. Samada rumah usang, rumah ditinggalkan orang terlalu lama dan termasuklah bangunan pejabat lama dan baru. Bangunan pejabat yg dimaksudkan kat sini ialah opis2, tak kisahlah opis kerajaan @ swasta. Kat sini i nak share pengalaman serem skit. kejadian berlaku di opis – Bangunan Kerajaan di Shah Alam, bukannya niat nak takutkan jantung org, tapi nak share apa yg terjadi n pengalaman sdn bhd.

Dulu, sebelum opis i berpindah ke 1 lokasi baru , kami ber’kampung’ di Bgn Kerajaan Negeri. I masuk di situ thn 2005. dah masuk 2 thn tak penah kena apa2 pun (Alhamdulillah la mmg tak mintak nak ‘rasa’ pun). Tapi kes ni berlaku tanpa diundang. Masa tu tgh buat kerja admin, staff time tu pun tak ramai lagi. Buat keja sampai tak sedaq dah masuk maghrib. Sedaq2 ‘awak’ tu sorang2 ja kat opis tu . Tgk jam dah dekat 7.45 mlm. Kat tingkap nampak ‘gelap’ kat luar tu. Tak pa, cuba sedapkan hati sbb before ni pun dok kerap jugak dengaq kwn2 dok crita kes2 seram n pelik . Dlm hati Allah taala ja yg tau , dok tak dok jadi gelabah semacam. Terkenangkan mcm2 …. 

( Masa dok buat keja kipas n aircond mmg tak ‘On’ ) Dalam pada masa dok buat keja tetiba terdengaq la bunyi mcm kertas diselak2 . Adoi hai ‘awak’ tu dah la dok kalut nak perabih keja , nak balik cepat. ada pulak bunyi2an . Apa lagi hati jadi bara la kawan. Dlm dok cuak tu ada rasa hangin la . Telinga dok try detect bunyi dr arah mana , tgk2 sbelah ‘kita’ ja. Mmg sah surat khabar sedang diselak sehelai demi sehelai . mata meliaq dok tgk standing fan kat belakang . still OFF !! Hmmm mulut mula mencarut tapi kaki langkah seribu beb!! Mana boleh tahan!!

Aku balik tinggai opis dlm keadaan terang menerang! Main door pun tak lock ( pintu kaca ). Cuma Lock punat pintu papan. Kim slm la opis ! Berpeluh sejuk la makcik !! Nak lari turun ikut tangga lagi lah aku tak berani .Gagah la jugak naik lif, tapi mulut dok baca ayat Kursi tak berhenti2. P kat kaunter guard nak tinggai kunci pintu papan tu. Guard pulak takdak ! yennadei !! Aku nekad tinggai la jugak . Sign buku . Blah !! Nak berjalan p parking kreta pun 1 hal. Gelap!! Turun bukit! Ammak!! Beruang panda boleh lari sprint kalah watson nyambek n nazmizan! Jolok kunci kreta pun dah kalut tak masuk2… Bila dah boleh start kreta mmmm jadi pelumba F1 plak.

Ingatkan dah setle bab tu . Sampai kat pintu gate besaq… masyaAllah. Aku nekad belah ja. Org ka cik An ka lantak p la. Sbb dr jauh nampak menatang tu kecik n pendek makin lama nampak makin tinggi. Hitam. Adoiiii…. apa lagi aku tekan minyak la !!! Besok . DEMAM !! hambik kau ! errrr …. ni baru kena kat btg hidung sdn bhd. Blom lg yg kwn2 dok story mory… ishhh…. andai sesapa terbaca story ni, agaknya korang boleh tau kot , pejabat kerajaan yg mana aku sebut tadi. Sorry geng. Bukan nak takutkan hampa wei. Kalu tak caya, tanya la sesapa yg dah ‘lama’ kat situ… Wallahhua’lam

No comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"