[TERGEMPAR] Kanak-Kanak Ini Menangis Keluar Air Mata Darah | PELIK TAPI BENAR | “Kalau kau menangis keluar air mata darahsekalipun, aku tidak akan menerima kau lagi” itulah antara dialog yang sering diungkapkan dalam drama-drama Melayu pada
masa kini.
Apakah benar air mata itu boleh mengeluarkan darah? Mungkin
kes ini jarang ditemui namun ketahuilah bahawa ia pernah berlaku.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Apa
yang ingin dikongsikan bersama anda pada kali ini adalah tentang nasib seorang kanak-kanak kecil yang menangis sambil keluar air mata darah.
Seorang kanak-kanak di Kabupaten Majalengka ‘indonesia’ menderita penyakit aneh sejak kecil. Cila selalumengeluarkan darah dari mata hingga liang tangannya jika menangis.
Ketika ditemui di kediamannya di RT05/04 Dusun 2, Desa Bojong,
Kecamatan Dawuan, Majalengka, Ika Rosita (20) ibu dari Cila Meylina
Putri, 20 bulan mengaku keadaan tersebut sudah terjadi sejak 17 bulan
lalu, ketika anaknya masih berusia 3 bulan. Keanehan tersebut semakin
menjadi, sejak kira-kira lima bulan tekahir,
“Awalnya darah keluar dari matanya saja. Namun lama-kelamaan setiap kali menangis, selain dari lubang hidung, darah juga keluar dari liang tangan Cila, “kata Ika.
Ika menjelaskan, secara umum, keadaan Cila nampak tidak ada keanehan
dengan anak seusianya. Namun demikian, sebagai seorang ibu, Ika mengaku
bimbang setiap kali anaknya menangis dan selalu mengeluarkan darah.
“Setelah nangis, seperti biasa ia bermain-main.
Tapi, bagaimanapun juga saya merasa bimbang, kerana setiap hari menangis
boleh sampai lima kali dan selalu mengeluarkan darah, “jelas dia.
Sebagai orang tua, Ika yang berasal dari Kabupaten Sumedang tersebut
mengaku khuatir dengan keadaan anaknya tersebut. Diakui dia, sejak ada
keanehan pada Cila, dirinya sempat membawa anaknya ke RS.
“ketika mula-mula mengalami hal seperti ini, saya sempat membawa Cila
ke RS di Sumedang. Terkini, sekitar dua minggu yang lalu, Cila dibawa
ke RSUD Cideres. Dan katanya harus dibawa ke poly mata, ke Bandung,
“jelas dia.
Namun, kerana kekurangan wang, Ika akhirnya membawa pulang Cila kembali ke rumah. Ketika dirujuk ke RSUD Cideres,
“Jangankan untuk berubat, untuk makan saja sukar. Suami saya juga hanya sebagai buruh kasar di kilang jubin, “jelas dia.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"