[TERGEMPAR] Lelaki Ini Bawa Bungkusan Berisi Mayat Ke Dalam Bas | PELIK TAPI BENAR | Mesti anda tertanya-tanya mengapakah lelaki dan wanita membawa bungkusan mayat ke
dalam bas.
Sebenarnya tindakan mereka adalah untuk membawa mayat
anaknya yang telah meninggal dunia di hospital.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Akibat kesempitan wang,
mereka tidak mampu menyewa van mayat untuk dibawa
pulang. Apa yang mampu dilakukan adalah menaiki kenderaanawam.
Bagaimanapun, tindakan mereka sebenarnya telah menyalahi undang-undang.
Mengapa?
Seorang bapa di China telah ditahan atas tuduhan cuba menyeludup
mayat anak perempuannya berusia dua tahun dalam sebuah beg menaiki bas
selepas kanak-kanak itu mati. Yang Cheng, 35, dan isterinya Lin Sunmembawa mayat anak mereka dari rumah mayat di Hospital Hefei, di wilayah Anhui selepas memasukkannya ke dalam sebuah beg yang besar. Mereka kemudian pergi ke stesen bas tempatan di mana mereka cuba untuk menaiki bas dan kembali ke rumah mereka di Ququi.
Walaubagaimana pun, rancangan itu telah gagal apabila pengimbas
keselamatan mengesan mayat kanak-kanak itu di dalam beg. Polis telah
dipanggil dan Encik Yang telah disoal siasat. Dia memberitahu, mereka
terpaksa melakukannya selepas menyedari bahawa mereka tidak mampu membayar van mayat.
Lelaki itu akhirnya dibebaskan tanpa hukuman dan sebuah teksi swasta
dibayar untuk dua jam perjalanan kembali ke rumah. Jurucakap polis
berkata: “Ia adalah dilarang untuk membawa mayat dalam pengangkutan
awam.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"