[TERGEMPAR] Misteri Gangguan Roh Di Rumah MONA FENDY | [VIDEO] Eksklusif Lokasi Rumah MONA FENDY
2/01/2014 04:00:00 pm
[TERGEMPAR] Misteri Gangguan Roh Di Rumah MONA FENDY | [VIDEO] Eksklusif Lokasi Rumah MONA FENDY | Siapa yang
tidak terkejut dengan pembunuhan kejam Allahyaham Dato Mazlan satu
ketika dahulu di sebuah perkampungan di Raub, Pahang.
Semasa kes sedang dibicarakan, terdapat beberapa misteri dan pelik telah
dilaporkan berlaku, seperti ketika perbicaraan sedang berlangsung di
mahkamah yang mana tiba-tiba semua yang ada didalamnya terdengar bunyi
itik.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Seringkali lokasi pembunuhan dan kubur Allahyarhamah Mona Fandey
dijadikan lokasi untuk pemujaan nombor ekor oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab, manakala tapak rumah yang pernah diduduki Allahyarham
di Tanjung Lumpur, Kuantan, pula sering dikaitkan dengan beberapa
kejadian misteri.
Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang
tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki
Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan
penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di
sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan
Tambahnya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri
itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar
berkenaan semakin agresif.
“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi
mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar
berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan
itu.
“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar
itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala
daunnya berubah menjadi kering,” katanya.
Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma
berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara
kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah
malam.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona
sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok
besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah
Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki
tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.
“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah
berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan
rumah itu.
“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian
Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga
saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan
utama,” katanya.
Sementara itu, tinjauan wartawan Metro Ahad ke lokasi rumah yang
didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia
telah dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.
Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa
daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga
untuk naik ke rumah Mona.
Saksikan juga bagaimana Eja dirasuk dirumah Mona Fendy
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"