[TERGEMPAR] Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia | Di Segitiga Bermuda | Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah
kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik
malaysia selendang ayu.
Pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk
tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui
pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak
SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar
dan ramzul utk mengendali kes ini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Apabila kami ditugaskan tanpa
membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat
kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E
lancar tanpa sebarang masalah.
Petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal
kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk
penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak
Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah
pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita
tetap membantu.
Aku, ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat
yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun
bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai
berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa
dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat
bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang
termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh apsal ko termenung
bro”? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa aku hairan
kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang
jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan.
“Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah
ada yang cover kapal ni”? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah
bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana
“weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru
sampai sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah
menyesal la pulak aku join cover ni” kata ramzul.
Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang
kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku
cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi
empat ke segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu
jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat
tu”. kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang
dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga
korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional
pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka
tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada
didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita
mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang
didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.
Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana
kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan
makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk
memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa
ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan
ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk
memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk
pengesahan.
Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang
begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna
kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut
kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul
seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan
kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa… kapten
tak berasa risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.
“ini pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya
yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan
selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan
para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain
telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai
pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat
beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di
pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang
melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala
kebenaran yang dia katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit
kesedihan.
aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2
terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke
bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus.
sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau
tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.
ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan
pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini.
kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam
penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ”
weiii.. korang nampak tak kat sana?” tuju jari bahtiar ke selatan laut.
aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat
apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. ” mana taka ada apa2
pon” pintas ramzul. ” ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2 bahtiar itu. ”
apa yang kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar. “Ahhh..
kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul
lagi. ” takk..aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ”
biar betul kamu ni bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.
Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku
melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama
semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan
laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu
menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ” ramzulll..
minorrr” jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku
beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal
tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila
ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan..
mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal
perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan
pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .
Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa
yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain..
mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya
belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari
tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari
kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal
berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew
kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat
manusia pon didalam kapal tersebut.
Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek
pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. ” apa
yang terjadi kapten”? “entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya
ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal
seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri” kata
kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih
ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti
ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan
dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar
kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon
dari mereka.
Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka..
alhamdulillah mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar.
angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri
mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para
pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi
kapal aku melihat kedepan ” ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu
yang datang menghampiri ” kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat
di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih
berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan
kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih
berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan
keadaan kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan
ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati kecil”.
dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh
kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan
muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut
nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir
baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang
itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2
kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk
berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri
termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten
melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang
berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata
“cepat AZAN.. tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..
Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia
yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka
luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu
pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui
apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat
kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus
lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200
meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke
telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah
padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR ..
biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa
rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal
terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan
apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti
dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu
ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim
saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ” diulang banyak kali dan
sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku
mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah
segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang
berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang
seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air
juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang
membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh
menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA
PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU” krew2 yang lain
memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.
Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya
dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama
kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang
terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit
tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam
hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari
mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal
yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu
sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh
penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah
mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.
perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew
kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2
kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9
yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan
dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan
keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat
kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu
hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami
selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa
pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..
ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…
Wujud Paranormal Team!
Allahuakbar...besarnya kekuasaan Allah,tiada yang lebih hebat dari Nya
ReplyDeleteHebat kuasa Allahkan... Allah huakbar... Allah Maha Besar....
ReplyDelete