[TERKINI] ERRA FAZIRA DAN ENGKU EMRAN SAH BERCERAI | Erra: 'Saya mohon jangan tanya lagi' | SHAH ALAM - [VIDEO] Spekulasi
mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila
suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak
satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.
Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas
kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu
kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi. Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada
Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada
Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.
"Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk
tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,"katanya. Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.
Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40,
diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan
hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut
Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003. Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding. Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma
Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan
berjalan dengan baik.\
"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,"katanya ketika ditemui media. Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.
"Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini," katanya.
Erra Fazira dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan
dikurniakan seorang anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lima
tahun. Sebelum mengahwini Engku Emran, Erra juga pernah berkahwin dengan
penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 dan bercerai tiga tahun
kemudian.
kalau saya yang jadi mak, saya takkan sanggup nak bagi hak penjagaan kepada bekas suami... hu hu hu... tapi tak taulah mungkin dia jenis yang lain sikit kot???
ReplyDeleteAssalamualaikum, tolong visit blog saya k,http://banjarich.blogspot.com/.terima kasih
ReplyDelete