[TERKINI] Haiwan Pelik Ditemui Di Marang | PELIK TAPI BENAR | MARANG – Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan
seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan
dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.
Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah
liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan
hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.
baca lagi klik TRAJUK ENTRI ni
Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu
memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa
bentuknya yang unik.
“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan
bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan
seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang
haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.
Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.
“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi
memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan
Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya
akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman
web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil
‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan
semakin pupus.
memang pelik sungguh la ni...
ReplyDelete