[TERKINI] Tip Mengubat Hati Yang Luka | Akibat Putus Cinta
2/07/2014 02:00:00 pm
[TERKINI] Tip Mengubat Hati Yang Luka | Akibat Putus Cinta | 1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit. Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat
kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu.
Anda perlu
kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk
memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya,
kewangan, dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua
memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan
perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia
boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Jangan Asyik Risau
Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik,
masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada
kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu
menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau,
belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5
deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali
bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur
seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa
syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin
setiap hari.
4. Mesti Memaafkan Orang
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan
emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah,
geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah,
anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan
diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain
tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin anda susah menerima hakikat
perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih,
kecewa dan geram.
5. Ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar
menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu,
baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu
serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa
secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN
kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
6. Ubah Fikiran
Anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih
dan murung. Tetapi, anda boleh merubah fikiran anda dan apa yang anda
fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun
perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa
nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia
memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala
yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda
selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh “tarik”
semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum
alam dan dinamakan Hukum Sebab dan Akibat.
7. Hati Mesti Keras
Bukan keras sembarangan. Maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi,
pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah
s.w.t. menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan
sekadar dugaan, tetapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa
lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba imbas
kembali kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain. Mungkin ada
walaupun kita tidak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan
berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan
keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan
harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks dan jangan terlalu
mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari
yang baru untuk anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu
hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang
sebelumnya.
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"