[APAKAH] Tradisi PELIK Perlawanan “Laga Kepala” | PELIK TAPI BENAR
3/03/2014 10:30:00 am
[APAKAH] Tradisi PELIK Perlawanan “Laga Kepala” | PELIK TAPI BENAR | Bagi warga Bima, Nusa Tenggara Barat, musim menuai adalah waktu yang
membahagiakan.
Bagi mereka perayaan musim menuai ini dilakukan dengan
sebuah tradisi unik yang disebut entubu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Entubu adalah tradisi laga
kepala manusia.Tradisi entubu atau laga kepala ini merupakan tradisi peninggalan
nenek moyang warga Bima di Pulau Sumbawa.
Gerakan memans badan sebelun acara di lakukan |
Tradisi ini hanya ada di
daerah dataran tinggi Kecamatan Wawo dan hanya boleh dilakukan oleh
orang-orang tertentu yang sudah dibekalkan ilmu kesaktian atau dari
keturunan prajurit Kesultanan Bima.
Tidak menghairankan memang jika para peserta tergolong dari orang
kuat dan nekad. Tanpa rasa sakit mereka melagakan kepala satu sama
dengan yang lain. Dalam ritual entubu ini para peserta yang jumlahnya
empat hingga enam orang diiringi oleh muzik khas warga Bima dan seorang
penyanyi hikayat perempuan yang dengan suara khasnya membacakan
mantra-mantra.
Sebelum melakukan ritual entubu, para peserta yang dipimpin oleh
seorang dalang atau pemuka terlebih dulu dibekali ilmu kesaktian oleh si
dalang. Seperti orang kena rasuk, mereka yang sudah dibekalkan ilmu ini
lantas menari-nari mencabar lawannya untuk beradu kepala.
Kasim salah seorang pemandu atau dalang mengungkapkan, untuk
melakukan upacara entubu ini ia terlebih dulu harus berpuasa sehingga
tiga hari untuk mengetahui waktu dan mendapatkan kesaktian bagi para
pengadunya.
Tradisi entubu yang unik ini memang sudah jarang dilakukan dan jarang
ditemui lagi di bandar Bima. Namun belakangan ini, Pemuda setempat
menaikan kembali tradisi ini dikembangkan dan dilestarikan dengan
membina beberapa sanggar kesenian.
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"