Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] CINTA SEORANG SUAMI (BUKAN CINTA BIASA) | Kisah Nyata Kisah Benar

3/17/2014 12:19:00 pm

[EKSKLUSIF] CINTA SEORANG SUAMI (BUKAN CINTA BIASA) | Kisah Nyata Kisah Benar | Kisah benar dari seberang… cukup memberi kesan pada jiwa.


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan menjaga isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang.lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.Sebelum ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian..

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga tengah hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuap isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, menukar pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia menjaga isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa cuma yang bongsu masih belajar di institusi tinggi.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah ibu bapa mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah berkahwin mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap menjaga ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup berhati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali menjaga ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak menjaga ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………

“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan ayah menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila ayah akan menikmati masa tua ayah dengan berkorban seperti ini …..kami sudah tidak sampai hati melihat ayah begini… kami berjanji akan menjaga ibu dengan sebaik-baiknya secara bergilir2,” ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin ayah akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan ayah bahagia …. Apakah batin ayah dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan ayah yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dijaga oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak kedengaran tangisan anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun menjaga Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…

Disitulah pak suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar menjaga saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang comel dan baik-baik…

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .

Masih ada lagikah kasih sayang sejati dari seorang suami di zaman ini??

You Might Also Like

3 comments

  1. semuanya kalau buat kerana Allah akan memberi kebaikkan pada semua org.tp berapa ramai suami yg mcm ni ada.ada dikalangan org yg sy kenal,ms wanita tu msh isteri org dia berusaha dapatkn sehingga bercerai & kemudian dorang kawen.lepas kawen wanita pregnant & masa bersalin ada masalah.selepas bersalin wanita tu koma agak lama.lepas sedar dia lumpuh & x mampu bercakap.at last even x di ceraikn pun si suami tetap kawen lain.jd pengajaran pada sy kisah yg sy tgk sendiri dpn mata

    ReplyDelete
  2. menitis airmata baca kisah ini...masih adakah suami yang mencintai wanita kerana Allah..masih adakah suami sepertinya....?????????

    ReplyDelete
  3. jom mengembara

    kemana ? thailand, bermula dari bukit kayu hitam, hatyai, bangkok, pataya, chengmai,chengrai dan maesai.

    cara ? bas

    bila ? permulaan cuti sekolah bulan nov 2014

    nak join?
    hubungi
    azzad69@gmail.com

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad