[EKSKLUSIF] CINTA SEORANG SUAMI (BUKAN CINTA BIASA) | Kisah Nyata Kisah Benar | Kisah benar dari seberang… cukup memberi kesan pada jiwa.
Dilihat
dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan
sudah mendekati malam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi
dengan menjaga isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka
berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang
anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak
ke empat ………tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal
itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga
seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang.lidahnya
pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari pak
suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat
isterinya ke atas tempat tidur.Sebelum ke tempat kerja dia meletakkan
isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian..
Walau
isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya
tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya
tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga tengah hari dia boleh pulang
ke rumah untuk menyuap isterinya makan. Petangnya dia pulang
memandikan isterinya, menukar pakaian, dan selepas maghrib dia temankan
isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami
seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak
mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia
selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang
tidur.
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25
tahun. Dengan sabar dia menjaga isterinya bahkan sambil membesarkan ke
empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa cuma
yang bongsu masih belajar di institusi tinggi.
Pada suatu
hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah ibu bapa mereka sambil
menjenguk ibunya. Kerana setelah berkahwin mereka tinggal dengan
keluarga masing-masing.
Dan pak suyatno tetap menjaga ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan
kalimat yang cukup berhati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin
sekali menjaga ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak menjaga
ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan
bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………
“Sudah
yang kali keempat kami mengizinkan ayah menikah lagi, kami rasa
ibupun akan mengizinkannya. Bila ayah akan menikmati masa tua ayah
dengan berkorban seperti ini …..kami sudah tidak sampai hati melihat
ayah begini… kami berjanji akan menjaga ibu dengan sebaik-baiknya
secara bergilir2,” ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
“Anak-anakku.
…. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin ayah akan
berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… .
itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”Sejenak
kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia
ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian
tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan ayah bahagia …. Apakah batin ayah dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian
menginginkan ayah yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dijaga
oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
Sejenak
kedengaran tangisan anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat
butiran-butiran kecil jatuh di mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata
suami yang sangat dicintainya itu…
Sampailah akhirnya pak
Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel
jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun
mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun menjaga Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
Disitulah
pak suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah
cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…
Saya
memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat
diapun dengan sabar menjaga saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati
zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia
memberi saya 4 orang anak yang comel dan baik-baik…
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat
pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit …
Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di
atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .
Masih ada lagikah kasih sayang sejati dari seorang suami di zaman ini??
semuanya kalau buat kerana Allah akan memberi kebaikkan pada semua org.tp berapa ramai suami yg mcm ni ada.ada dikalangan org yg sy kenal,ms wanita tu msh isteri org dia berusaha dapatkn sehingga bercerai & kemudian dorang kawen.lepas kawen wanita pregnant & masa bersalin ada masalah.selepas bersalin wanita tu koma agak lama.lepas sedar dia lumpuh & x mampu bercakap.at last even x di ceraikn pun si suami tetap kawen lain.jd pengajaran pada sy kisah yg sy tgk sendiri dpn mata
ReplyDeletemenitis airmata baca kisah ini...masih adakah suami yang mencintai wanita kerana Allah..masih adakah suami sepertinya....?????????
ReplyDeletejom mengembara
ReplyDeletekemana ? thailand, bermula dari bukit kayu hitam, hatyai, bangkok, pataya, chengmai,chengrai dan maesai.
cara ? bas
bila ? permulaan cuti sekolah bulan nov 2014
nak join?
hubungi
azzad69@gmail.com