[EKSKLUSIF] Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa | WAJIB BACA !!!
3/18/2014 02:31:00 pm
[EKSKLUSIF] Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa | WAJIB BACA !!! | Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan
seseorang kepada orang lain.
gambar credit: muslimahversatile.wordpress.com |
Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai
mengumpat seperti sabda nya bermaksud:
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”(Hadis Riwayat Muslim)
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu
termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa
menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti
memakan daging saudara seagama.
Manusia waras tidak sanggup memakan
daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa
mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri
pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan
membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S. A. W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan
pahala.
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud erbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan
seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa
lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut
besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah
dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah.
“Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini,
sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab “Semua itu
kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk
diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa
buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan
diri daripada mengumpat.
1 comments
Aduhai...banyaknya dosa wan kalau nak difikirkan. Bahaya dosa ngumpat nih. Jangan kata org yg ngumpat, yg dengar pun dpt benda yg sama.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"