[PANAS] Pekerja Petronas Warga Bangladesh Dedah Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter | FAKTA ATAU AUTA? | Abe cuma berkongsi artikel ini daripada BeritaHangat. Katanya: Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan *******, ******.
Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ
selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500
terbang…)
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier.
Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah
dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60,
jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang
berkulit gelap sedikit tersebut.
Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam
minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk
tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah
RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.
Lelaki Bangladesh itu tanya, “abang bagi kat cashier yang mana?”.
Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu
tadi.
“Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang.
Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak
perasan.
“Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan
salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan,
duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya
poketlah.
“Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu
duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan
duit orang.
Terkedu.. saya terus bertanya, “tak ada orang report ke kat bos you ke?”
Jawabnya, “bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos
datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia
masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja”
Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .
Perempuan itu dengan selambanya, “Sorry silap tekan”.
Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang
dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak
cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.
“Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..
“Sorry bang, saya silap tekan tadi.” – jawabnya.
Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit
saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak
bertanggungjawab ini.
“Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?
Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.
“Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak.”
Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.
Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam
setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta,
sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi
mangsa dia.
Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati
bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri
boleh ada di mana-mana.
Lahhh.. kenapa padamkan nama tempa tu.. at least ada orang boleh amik tindakan...
ReplyDeletehehehe..
ReplyDeleterasa cm tahu jer kat mn nie..
Perkongsian yang bagus. Terima kasih admin.
ReplyDeletepam petronas jalan reko 2
ReplyDeleteini satu lagi peyelewegan yg pernah terjadi semasa mengisi minyak yg dilakukan oleh stesen minyak yg pakai pekerja pump. Berhati2 jika anda membayar mengunakan wang RM100 untuk harga minyak kurang dari jumlah itu. Jika anda isi minyak untuk RM 30 perkerja pump itu akan pulangkan RM 20 atau RM 50 kepada anda, jika anda persaan duit yg dipulang itu tidak mencukupi dia akan beri alasan yg dia tiada duit kecil dan terpaksa masok kan pejabat untuk ambil duit yg tak cukup tadi.Penipuan cara halus ini ramai yang tak sedar sahingga lah apabila anda keluarkan semula duit lebihan
ReplyDeleteitu untuk membeli sesuatu barangan lain tapi anda sudah terlambat dia tidak akan mengaku yg dia tidak pulangkan duit anda secukupnya..penipuan cara ini sentiasa diulang2. Berhati2 lah jika anda terpaksa isi minyak dan bayar terus kepada pekerja pump. Pastikan anda kira jumlah duit yg dipulangkan sebelum anda hidupkan engin kereta dan hilang dari situ, duit anda juga akan turut lesap..
putrajaya ke?
ReplyDeleteThx admin
ReplyDelete