Wednesday, 19 March 2014

[TERGEMPAR] Wanita Ini Melihat Dunia Dalam Keadaan Terbalik | PELIK TAPI BENAR

[TERGEMPAR] Wanita Ini Melihat Dunia Dalam Keadaan Terbalik | PELIK TAPI BENAR | Sekiranya surat khabar yang kita lihat dalam keadaan terbalik, kita sendiri akan menterbalikkan semula, samala juga seperti televisyen, jika ia dalam posisi yang yang tidak menegak, ia akan menyukarkan kita untuk menontonya.


Tetapi tidak kepada wanita ini, apabila dipercayai mempunyai gaya hidup yang pelik.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Gaya hidup yang dimaksudkan di sini adalah, penglihatannya lebih suka melihat dalam keadaan terbalik seperti menonton tv dan membaca surat khabar dalam keadaan sebaliknya. 

Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.


Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.’

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik.

1 comment:

  1. Saya pnah dgr cerita. Di sk air molek melaka seorg anak murid mempunyai mslh hmpir serupa. Dia boleh membaca seperti org normal tapi time mrnulis hasilnya sperti imej dlm cermin. Klu menulis atas bahan transparent kita terpaksa mmbacanya dr belakang. Yg kasihan smpi dj 5 jd mangsa marah herdik pukul mcm2 dek kerana itu sejak dj 1. Apabila smpi ke peng.GB di kajinya baru tau mmg dilahirkn demikian. GB jiran saya. Jadi guru2 hati2 lah.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"