[TERKINI MH370] Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370 | Pray For MH370 #PrayForMH370
3/11/2014 03:19:00 pm
[TERKINI MH370] Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370 | Pray For MH370 #PrayForMH370 | Pesawat yang membawa penumpang seramai 239 termasuk dua orang bayi
sektor Kuala Lumpur Beijing, berlepas pada 12.41 pagi dan seharusnya
tiba di destinasi pada 6.30 pagi.
Namun, pada jam 2.40 selepas penerbangan 2 jam, pesawat itu hilang daripada radar.
Penerbangan
MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200 merupakan pesawat canggih
dengan kelengkapan alat perhubungan yang terkini.
Suatu yang misteri berlaku, kerana selepas 2 jam ke udara, sepatutnya pesawat itu berada dalam keadaan yang paling selamat. Apa-apa masalah teknikal, juruterbang mempunyai masa yang mencukupi berhubung dengan menara kawalan. Selain itu, dalam masa itu, kapal sudah mengatifkan auto pilot.

Dalam
penerbangan pada situasi itu, jika berlaku masalah teknikal, biasanya
juruterbang dapat berkomunikasi dengan mana-mana lapangan terbang untuk
melakukan pendaratan kecemasan. Namun, pesawat MH370 yang hilang
daripada radar kira-kira 2.40 pagi waktu Malaysia, tidak dapat dikesan
lokasinya, baik di semua beacon antara negara. Kerajaan Malaysia sedang berusaha mengerahkan semua jentera yang ada dalam proses pencarian ini namun hingga
kini belum ada perkembangan yang positif yang kita terima lagi. Kita hanya mampu berdoa dan berharap agar perkembangan Positif diterima dalam usaha pencarian ini.
Bagi mereka yang biasa terbang dengan pesawat itu, dalam tempoh masa itu, biasa kapal berada pada ketinggian 39,000-40,000 kaki di atas permukaan laut. Dalam ketinggian itu, hanya satu perkara yang boleh berlaku, di mana juruterbang tidak dapat bertindak, apabila berlaku TEKANAN MELAMPAU dalam cabin. Akibat tekanan melampau, maka saluran oksigen akan terhenti. Jika ini lah keadaannya yang berlaku pada pesawat MH370, maka juruterbang akan kehilangan kesempatan melakukan perhubungan dengan menara kawalan.
Pesawat B777-200 adalah pesawat yang canggih dilengkapi dengan alat teknologi yang canggih, ertinya, sebarang menara di darat akan mampu mengesan kapal itu, namun sehingga kini, alat teknologi masih belum berupaya mengesan di mana pesawat itu. Apakah yang berlaku? Apakah benar terhempas? atau ada satu aktivti tertentu berlaku? Pesawat itu, hanya akan tidak dapat dikesan, jika tindakan manusia sendiri meng noaktifkan semua beacon komunikasi. Dalam masa paling dekat kita akan mengetahui nasib pesawat itu, insyaAllah.
Apa-apapun, sama-samalah kita semua berdoa dan berharap agar kesemua Penumpang & Crew Penerbangan MH370 akan pulang dengan selamat. #PrayForMH370

0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"