Wednesday, 16 April 2014

[BONGKAR] Taktik Terkini Penjualan Power Bank Palsu | Nampak Macam Original

[BONGKAR] Taktik Terkini Penjualan Power Bank Palsu | Nampak Macam Original | Satu masalah besar apabila anda menggunakan smartphone adalah baterinya yang tidak tahan lama.

powerbankpalsu

Bagi mengatasi masalah ini, powerbank dijual bagi membolehkan pengguna mengecas smartphone mereka dimana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan elektrik.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Kebanyakan peranti terkini di pasaran menggunakan bateri ‘Li-Polymer’ sebagai sumber kuasa, manakala kebanyakan powerbank pula menggunakan bateri ‘cylindrical/prismatic Li-Ion’.

Masalah utama bateri Li-Ion dan Li-Polymer ini adalah ia akan menjadi sangat panas jika dicas terlalu lama. Terdapat satu cip IC untuk menghalang ‘overcharge’ pada papan litar untuk memotong cas apabila bateri tersebut sudah penuh. Jika IC tersebut rosak, bateri tersebut mungkin terbakar dan boleh meletup jika dicas terlalu lama.

Selain itu, satu lagi kekurangan bateri Li-Ion adalah jangka-hayatnya akan berkurangan dengan banyak jika ia beroperasi pada suhu 45°C ke atas. Bateri Li-Polymer pula lebih tahan panas, mampu beroperasi pada suhu sehingga 85°C tanpa sebarang masalah.

Sejak akhir-akhir ini, anda boleh melihat begitu banyak powerbank di pasaran yang ditulis mempunyai kapasiti yang sangat tinggi seperti 12,000mAh, 18,000mAh, 20,000mAh dan banyak lagi sehingga 30,000mAh, kebanyakannya dijual di internet. Jika jenama yang tidak dikenali dan harganya murah, anda perlu berhati-hati sebelum membeli.

Powerbank yang lebih pendek di dalam gambar di atas mempunyai 4 bateri Li-Ion 18650, manakala powerbank yang lebih panjang mempunyai 6 bateri Li-Ion 18650. Saiz bateri yang digunakan adalah 18.25x65mm, dan nombor siri kebiasaannya di dalam bentuk XXX18650-XX.

Kualiti bateri Li-Ion mempunyai perbezaan.

Bateri yang dibuat di Jepun seperti Sanyo dan Panasonic mempunyai kapasiti 3100mAh, dan mempunyai waranti setahun. Harganya mahal dan sudah pasti tidak akan dipilih untuk membuat powerbank yang murah seperti yang dijual di internet.

Bateri yang dibuat di Korea seperti Samsung juga agak baik. Nombor sirinya berbeza seperti ICR18650-30A, ICR18650-28A, ICR18650-26F, ICR18650-26D, ICR18650-24E, ICR18650-24F, ICE18650-22F, dan lain lain. 30F bermakna kapasitinya adalah 3000mAh, 22F bermakna 2200mAh dan seterusnya.

Samsung juga mempunyai bateri Li-Ion yang dibuat di China dan ianya mempunyai 4 gred. Gred yang paling tinggi adalah A01, khas untuk kegunaan Samsung sendiri. Gred yang lain adalah A02, A03 dan A04, ketiga-tiganya untuk dijual kepada pengguna. Jika sesebuah powerbank ditulis menggunakan bateri Samsung, baterinya berkemungkinan gred A02~A04, bergantung pada harganya.

Sesetengah bateri buatan China yang tiada jenama hanya mempunyai kapasiti 1600-1800mAh tetapi menggunakan nombor siri 18650, membuatkan pengguna berfikir ianya berkapasiti 3000mAh. Powerbank yang sangat murah kebiasannya menggunakan bateri jenis ini.

Powerbank 12,000mAh di atas, kapasitinya dikira seperti ini :

3000mAh x 4 = 12,000mAh.

Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 4 = 8800mAh.

Untuk powerbank yang mempunyai kapasiti 18,000mAh pula, kapasitinya dikira seperti ini :

3000mAh x 6 = 18000mAh

Tetapi, jika kapasiti sebenar bateri di dalamnya hanya 2200mAh contohnya, anda hanya mendapat 2200mAh x 6 = 13,200mAh.

Selain penipuan kapasiti sebenar, memandangkan semua saiz bateri Li-Ion adalah sama, ada juga powerbank yang menggunakan bateri yang telah dikitar semula


Gambar di atas diambil daripada sebuah powerbank yang baru dibeli, pemiliknya membuka untuk melihat bahagian dalamnya. Anda boleh lihat kesemua 6 bateri Li-Ion tersebut mempunyai warna yang berbeza, sesuatu yang tidak mungkin berlaku kepada bateri baru.


Dari bahagian tepi pula, anda boleh lihat pematerian yang telah karat dan telah dipateri lebih daripada sekali. Juga terdapat sisa-sisa gam yang digunakan pada permukaan bateri tersebut.

Persoalannya, adakah cip IC pada powerbank ini berfungsi dengan baik? Risikonya sangat tinggi, mudah terbakar jika dicas terlalu lama.


Ada kes yang lebih teruk, seorang pembeli membeli powerbank di internet dengan harga yang sangat murah, hanya ada sebiji bateri di dalamnya dan untuk menambah berat, mereka meletakkan 2 bungkus plastik berisi pasir.

Nasihat kami, berhati-hatilah ketika mahu membeli powerbank terutamanya daripada internet, yang menjual dengan harga yang sangat murah, kapasiti yang sangat tinggi serta tiada jenama.

Lebih baik anda membeli produk original daripada pengedar sah, harganya sedikit mahal bergantung kepada kapasiti, tetapi kualitinya terjamin, mempunyai waranti dan tidak membahayakan anda. Alah membeli, menang memakai.

6 comments:

  1. ops...baru2 anak akak ada beli sebijik macam ni punya..melalui on9...nasib baik setakat ni tak de apa2 masaalah lagi

    ReplyDelete
  2. Jom membeli jubah muslimah di http://www.gbmuslimahon9.blogspot.com.

    ReplyDelete
  3. bukan sekadar bateri, handphone tiruan pun ada yang dijual pada harga original pada pembeli yang tidak sedar.. terkena hanya bila tak sampai setahun pakai rosak . bila pergi ke pusat servis samsung.. dia kata bukan ori sebab tak ada sticker samsung di belakang fon (kena buka bateri baru nampak). bila pergi ke kedai balik.. penjual marah2 menjerit2 dengan kata2 kesat berlagak samseng.. siap pertikaikan resit pembelian lagi...malas nak gaduh-gaduh sebab bawa anak isteri.. terkena di plaza alam sentral, shah alam tingkat 3 electro mobile enterprise (kiosk di ruang legar)...berhati2.. yang lain pun mungkin sama.

    ReplyDelete
  4. Kesian pengguna.. kalau ada yang tetingin. Jom ikut saya ke yiwu china. Boleh belajar nak tau yg mn betul n mn tak...

    ReplyDelete
  5. Jok ikut saya ke Yiwu china. Kita belajar tgk yg mn betul yg mn tipu. Sy selalu ke sana borong barang.

    ReplyDelete
  6. Kesian pengguna.. kalau ada yang tetingin. Jom ikut saya ke yiwu china. Boleh belajar nak tau yg mn betul n mn tak...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"