[BONGKAR] Maksud Tersirat Pada Tarikh 1 April (APRIL FOOL) | Kekejaman Terhadap Umat Islam !!!
4/01/2014 08:13:00 am
[BONGKAR] Maksud Tersirat Pada Tarikh 1 April (APRIL FOOL) | Kekejaman Terhadap Umat Islam !!! | Apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya
membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda
tetapi hari memperingati kekejaman yang dilakukan oleh tentera Salib
(Kristian) terhadap umat Islam di Spanyol.
The April’s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah Muslim
Sepanyol pada tahun 1487, bersamaan dengan 892 H. Sejak Sepanyol
dibebaskan melalui Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad
dari penindasan puak kafir, Sepanyol beransur-ansur menjadi satu negeri
yang makmur.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan
pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan
dengan mudah dapat dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon,
Poitou, Tours, dan sebagainya ditawani dengan aman oleh Islam. Walaupun
sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Got
dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan. Islam telah
mula menerangi seluruh Sepanyol. Kerana sikap para penguasa Islam yang
begitu baik dan rendah diri, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian
dengan tulus dan ikhlas menganuti ajaran Islam. Muslim Sepanyol bukan
sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan cara hidup
seorang Islam. Tidak hanya membaca Al-Quran, tingkah laku mereka
berdasarkan Al-Quran. Mereka kerap berkata tidak untuk muzik, arak,
pergaulan bebas, dan segala perkara yang dilarang Islam. Keadaan aman
dan sejahtera seperti ini berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol
tanpa kenal lelah terus berusaha menghapuskan Islam dari Sepanyol, namun
acapkali gagal. Maka mereka menhantar perisik untuk mengkaji kelemahan
umat Islam Sepanyol. Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan
Islam, yakni dengan cara melemahkan iman mereka melalui jalan serangan
pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar arak dan rokok
secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk
memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari dari pada
membaca Al-Quran. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk
meniup-niupkan api perpecahan pada umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan
taktik ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dapat dikuasai oleh pasukan tentera Salib
yang mempunyai hubungan dengan gerakkan Zionis. Serangan oleh pasukan
tentera Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri
kemanusiaan. Tidak hanya pasukan tentera Islam yang disiksa, tetapi juga
penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut di
bunuh dengan kejam. Satu-persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk
Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam
rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus mengejar
mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, ribuan mayat yang bergelimpangan
bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahawa banyak
Muslim Granadayang masih bersembunyi di rumah-rumah.Dengan lantang
tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa orang Islam Granada
dibolehkan keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar
dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa
dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang
sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal
yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk belayar
meninggalkan Granada dan Sepanyol.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah
mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, sambil beriringan
berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak
mempercayai pasukan tentera Salib, memilih bertahan dan terus
bersembunyi di rumah-rumah mereka.
Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan
cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan
penghuninya. Lidah api terlihat menjulang ke angkasa ketika mereka
membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang
masih bertahan di dalamnya. Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di
pelabuhan, hanya terpana ketika tentara Salib juga membakar kapal-kapal
yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Ribuan umat
Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata.
Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anak yang
masih kecil. Sedang para tentara Salib telah mengepung mereka dengan
pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib segara
membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangisan
dan takbir memenuhi suasana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu
habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru
telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.
Tragedi ini bertepatan dengan tarikh 1 April. Inilah yang kemudian
diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai The
April’s Fool Day. Pada tarikh 1 April, orang-orang dibenarkan menipu
dan berbohong kepada orang lain. Bagi orang Kristiani, The April’s Fool
Day merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol
oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka
merayakan The April’s Fool Day dengan cara membenarkan penipuan dan
kebohongan dalam masa yang sama disulami dengan dalih iaitu sekzdar
hiburan atau gurauan belaka.
Bagi umat Islam, The April’s Fool Day tentu merupakan tragedi yang
sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudara seIslam
disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab
itu, adalah sangat tidak bermoral juga dengan adanya orang Islam pada
masa kini yang masih terikut-ikut merayakan tradisi ini. Siapapun orang
Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai ribuan umat Islam di
Granada, Sepanyol, pada 5 abad silam….
~ Allah Maha Besar….!!! Ya Allah… berilah kemenangan kepada
pemimpin-pemimpin yang berkehendakkan Islam sepenuhnya tanpa Had, tanpa
hari di dalam sistem pentadbiran negara ini, walaupun apa jua bangsanya,
juga kepada mereka yang meredhai Islam di negara ini. Jauhkan fitnah
yang sedang melanda umat Islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk bumi
ini… Ya Allah.., sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah tanpa petunjuk
dan hidayah dariMu…
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"