Sahabat Que 'Silent Readers'

[PANAS] Pesawat Belum Jumpa Tapi... | Buku Kehilangan MH370 Dah Siap

4/22/2014 09:55:00 am

[PANAS] Pesawat Belum Jumpa Tapi... | Buku Kehilangan MH370 Dah Siap | BELUM pun lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ataupun kotak hitamnya ditemui, buku berkaitan mengenai kejadian itu sudah pun siap untuk diterbitkan dan dikesan dipamerkan di satu program Pesta Buku di London.

BukuMH370-565x304
Buku yang berada dalam pesta buku London karangan Nigel Cawthorne
Menurut laporan laman web The Rakyat Post, buku itu ditulis oleh penulis fiksyen dan wartawan Nigel Cawthorne. Buku itu dijadualkan akan dilancarkan pada 15 Mei depan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Gambar buku terbitan Blake Publishing berkenaan kini tersebar di laman sosial di seluruh dunia. Ketika pasukan penyiasat dari pelbagai negara sedang cuba mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lepas, peminat buku antarabangsa kini tertanya-tanya apakah kandungan utama di dalam buku tulisan Cawthorne itu.

Menurut butiran penulisnya, beliau turut pernah menyumbangkan karya tulisannya kepada syarikat penerbitan Britain antaranya The Guardian, The Daily Telegraph dan The Daily Mail.

Cawthorne turut dikenali dengan beberapa buah buku berkaitan seks antaranya Sex Lives Of The Pope, Sex Lives Of The Famous Lesbians dan Sex Lives Of The Roman Emperors.

Dia turut pernah menulis buku bertajuk Antics Of Old England dan Sex Secret Of Old England. Menurut laman web pendaftaran buku United Kingdom, buku MH370, The Mystery itu diterbitkan dengan ketebalan 288 mukasurat. 

“Penulis dan wartawan berpengalaman Nigel Cawthorne telah membuat penyelidikan kejadian MH370 dengan menyeluruh dan terperinci, bakal mendedahkan penjelasan di sebalik misteri yang membuatkan seluruh dunia tertanya-tanya,” menurut sinopsis buku itu. 

Pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pada hari kejadian, pesawat itu membawa bersama 227  penumpang dan 12 anak kapal.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad