[PENDEDAHAN] 3 Kamera Intip Dalam Tandas Perkerja Wanita | Kejadian Di Hospital Bentong | Bentong: Tiga kamera tersembunyi yang ditemui di
tandas kakitangan wanita Hospital Bentong di sini, baru-baru ini,
berkemungkinan besar dipasang oleh orang dalam atau petugas hospital itu
sendiri.
Ia berikutan tandas yang terletak di bahagian kecemasan itu hanya
boleh digunakan kakitangan hospital.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Orang awam tidak dibenar
menggunakannya bagi mengelakkan kesesakan.
“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci
dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak
kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi.
Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga
kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran
kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus
mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan
hangat di laman sosial.
Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau
jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat
naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun
Facebooknya.
P/s: sedar lah yang dunia ni sementara kenapa lah ade orang tergamak nak buat macam gini
siapa punya kerja ler nie.
ReplyDeletetiada adab langsung