[PENDEDAHAN] 6 Kes Melayu Murtad Paling Terkenal Di Malaysia | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU !!!
3/06/2021 10:07:00 am
[PENDEDAHAN] 6 Kes Melayu Murtad Paling Terkenal Di Malaysia | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU !!! |
1. Lina Joy
Nama asalnya ialah Azlina Jailani.
Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42
tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman
Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar
namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan
alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar
nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran Kepada agama Kristian telah diluluskan,
dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya
bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar,
keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.
Azlina mengisytiharkan tidak pernah
mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak
tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998
dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963. Dia menukar agama Islam
kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah
dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah
Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad
pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia
dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan
pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya
pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.
2. Hartina Haji Kamaruddin
Haji Kamarudian seorang penjual sate di
Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja.
Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9
bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan
nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik
mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil
berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji
Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh
kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16
tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan
kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah
kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan
itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia.
14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap
sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya.
Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang
bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia
telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada
Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital
(akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap
polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak
dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung
masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang
ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan
hina.
3. Siti Fatimah Abdul Karim
Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun
dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim,
Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau
dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri
mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau
melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun
begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post
mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama
hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya
beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.
Berdasarkan kenyataan dalam laman web
juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui
‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama
kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah
Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan
diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab
Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta
keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke
pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering
diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya
ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua
belah pihak.
Setelah beberapa tahun melarikan diri
bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan
teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara
perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak
boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa
kerana perbezaan agama.
Seterusnya, hasil daripada perkahwinan
tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di
Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama
Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah
masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.
4. Anak-anak Yusof bin Abdullah
Lagi satu kes lain saudara baru kita,
nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang
isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap.
Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih
20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali
masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak
tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari
anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat,
dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak
ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL
dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak
jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila
si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report
polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap. (padahal Yusof dapat
hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8
hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi
pada emaknya. Hari ni, budak-budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup
dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah
tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah
Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
5. Nyonya Tahir
SEREMBAN 23 Jan. – Mahkamah Tinggi
Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa Nyonya Tahir, wanita Melayu
beragama Islam tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan
ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan beragama Islam semasa
kematiannya.
Hakim Mohd. Shukor Sabudin dalam
keputusannya juga membenarkan mayat Nyonya yang disimpan di rumah mayat
Hospital Tampin sejak kematiannya Jumaat lalu, diserahkan kepada
keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut agama Buddha.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat
berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan
membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk
masalah akidah di negara ini.
Katanya, keputusan itu juga berdasarkan
afidavit anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt, 40, dan keterangan bersama
kakak Ah Fatt, Kwang Ying, 43, di mahkamah hari ini.
“Mahkamah yang berpuas hati dengan
keterangan-keterangan tersebut memutuskan bahawa Nyonya yang memegang
kad pengenalan bernombor 180425-04-5054 @ 02033418 adalah bukan beragama
Islam semasa kematiannya.
“Mahkamah juga membenarkan keluarga dan
warisnya menguruskan pengebumian Nyonya. Hospital Tampin juga diarahkan
supaya menyerahkan mayat ini kepada keluarganya,” kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam
penghakiman lisan selepas mendengar permohonan sebelah pihak (ex-parte)
oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta pengarahnya berhubung
pengisytiharan agama Nyonya.
Jumaat lalu, plaintif memohon keputusan
mahkamah bagi menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya
bagi dikebumikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.
Plaintif-plaintif diwakili oleh peguam
syarie, Siti Harlina Shahran manakala peguam syarie, Koo Chin Nam yang
dibantu oleh Kevin Koo S. K. bertindak sebagai peguam pemerhati bagi
keluarga Nyonya.
Sementara itu, peguam syarie, Muhamad
Burok yang juga Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia bertindak
sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan itu.
Terdahulu, Hakim Mohd. Shukor memetik
tulisan ulama Islam, Sheikh Abu Sujak dari Kitab Kifayatul Akhyar yang
bermaksud: “Barang siapa yang keluar daripada Islam, ia diminta
bertaubat tiga kali. Jika bertaubat, dan jika tidak dia dibunuh, dan
tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh
dikuburkan di perkuburan orang Islam.”
Pada prosiding pagi ini, Siti Harlina
memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ah Fatt mengemukakan afidavit bagi
meminta supaya mayat ibunya itu disemadikan mengikut adat Cina dan agama
Buddha.
Antara lain kandungan afidavit itu ialah
keputusan laporan penyiasatan Pejabat Agama Islam Alor Gajah, Melaka
pada 7 Mei 1986 mengenai laporan bersekedudukan antara Nyonya dan
suaminya, Chiang Meng.
Dokumen penyiasatan itu ditulis oleh
Pemeriksa Hal Ehwal Agama 1 Daerah Alor Gajah, Melaka, Ab. Azit Abdullah
melalui kadi daerah yang dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama
Islam Melaka.
Sementara itu, Kwai Ying berkata, ibunya
membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali
kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha.
Dalam pada itu, Pegawai Agama Alor Gajah
Melaka, Kamarul Saman Yaacub, 42, yang turut dipanggil memberi
keterangan, mengesahkan laporan yang dibuat oleh Ab. Azit itu.
Beliau turut mengemukakan salinan asal dokumen itu kepada mahkamah.
Nyonya, 89, meninggal dunia kerana sakit
tua kira-kira pukul 4 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Taman Indah,
Tampin dekat sini.
Status agama Nyonya disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.
Ini kerana dalam salinan kad pengenalan
Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya
menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.
6. Aisyah Bokhari
Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang
murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk
menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad
dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta,
ikut boyfriend.
Cerita mengenai isu murtad yang dibawa
di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang
peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang
fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun
selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita
terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi
hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes
ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu
kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut
jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu
mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari
Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah
mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama
yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang
murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan
kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup
oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad
dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini
kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita
orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita
diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan
menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhori
setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang
dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang
dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang
didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia
takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6
atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak
melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia
dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah
berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam
ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang
jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia
hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan
dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi
keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung
dengan baju kurung bunga-bunga.Takde apa yang pelik pada dia, duduk
dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga
keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2
tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
“Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”
Bayangkan hati seorang bapa. Kita
sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak
Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji
Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar
radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua
dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir
laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Butir asal permohonan
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh
Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36
kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa
ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab
mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas
alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan
beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan,
perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala
Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh
Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya
berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya
saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan
meninggalkan agama Islam.”
Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya
bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara salah oleh keluarganya. Saya
percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar
hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian
Khatolik”.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab
article 11 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara
Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya.
Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun
1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak
cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku
pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang
sivil,undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam
adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya
perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab
kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana
undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini
adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Ibu bapa
Nor’Aishah Bokhari, gadis yang kononnya mengisytiharkan dirinya murtad,
merayu anak mereka itu agar pulang ke pangkuan keluarga untuk
bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu.
Mereka turut merayu jasa baik umat Islam
di negara ini untuk mendoakan kerahmatan ke atas Nor’Aishah serta
mengerjakan solat hajat sepanjang minggu terakhir bulan Ramadan ini agar
gadis itu kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Bapa gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir,
62, seorang pesara guru, berkata, beliau terpaksa mengetepikan perasaan
malu yang akan ditanggung oleh keluarganya kerana percaya anaknya
sehingga hari ini masih lagi kekal menganut agama Islam.
”Ramai kawan-kawan saya memberi
perangsang untuk membawa perkara ini ke pengetahuan umum kerana mereka
percaya saya telah selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai
seorang ayah dengan baik,” kata beliau dengan nada yang sebak ketika
ditemui Utusan di sini, hari ini.
Beliau ditemani oleh isterinya, Samiah @ Aton Taha, 58, kakak dan abang kepada Nor’Aishah, Norashikin dan Nazaruddin.
Nor’Aishah melalui peguamnya mendakwa
telah mengikrarkan satu surat akuan yang menyatakan bahawa dia ingin
meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan memakai
nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih
tidak jelas kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka
daripada Nor’Aishah sendiri mengenai perkara itu.
Pengakuan yang ada hanya menerusi
seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga Nor’Aishah berdasarkan
kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam
Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.
Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang
pada 30 Disember lalu dan kini dipercayai berada bersama teman
lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.
Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang bersembunyi di negara jiran.
Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya untuk keluar daripada agama Islam.
Isnin lalu, Nor’Aishah menerusi
peguamnya menarik balik satu permohonan writ habeas corpus terhadap
bapa, ibu, abang dan seorang bapa saudaranya yang didakwa telah
mengurung dan menahan beliau secara paksa.
Nor’ Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.
Bokhari seterusnya berkata, Nor’Aishah,
25, seorang anak yang menerima didikan agama yang cukup ketika menuntut
di sebuah sekolah agama di Johor.
”Pendidikan agama yang diterimanya cukup untuk melayakkan beliau menjadi seorang ustazah,” katanya.
Tambahnya, Nor’Aishah pandai membaca al-Quran dan turut menghafal beberapa surah penting.
Menurut Bokhari, Nor’Aishah dengan semua anggota keluarganya cukup baik.
”Kami adik beradik sememangnya rapat dan sering berkongsi dalam banyak perkara,” kata kakaknya, Norashikin.
Dalil-dalil larangan Murtad
Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman Allah SWT;
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ
فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي
الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا
خَالِدُونَ.
Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu
yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati
sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal
usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :
Dan firmannya;
مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ
إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ
وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ
اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada
Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah)
kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang
tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima
kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka
pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl. 16: 106)
1 comments
iman bukan tampak luaran tapi dalaman.tu yang sepatutnya.luar nampak hebat dalam selompong-lompongnya.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"