[PENDEDAHAN] Sejarah Dan Asal Usul Rokok | INFO YANG MENARIK !!!
4/03/2014 06:22:00 pm
[PENDEDAHAN] Sejarah Dan Asal Usul Rokok | INFO YANG MENARIK !!! | Hukum hisap rokok adalah haram dari pandangan Islam dan fatwa kerana
merokok boleh memudharatkan badan dan kesihatan, membazir serta
mensia-siakan harta.
Kandungan dalam setiap batang rokok mengandungi
pelbagai jenis bahan kimia. Walaupun pelbagai bahaya melebih manfaat
rokok telah diketahui, ia masih disedut oleh perokok.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dalam artikel ini,
kami ingin kongsikan sejarah dan asal usul rokok di dunia.
Tembakau ditanam di Mexico dan Amerika Tengah pada kurun ke-9. Asap
tembakau disedup melalui penyedut yang berbentuk tiub oleh Kaum Maya dan
Aztec, iaitu untuk upacara keagamaan dan perubatan. Ini dikatakan
antara rokok pertama di dunia. Tembakau ditanam secara besar-besaran di
amerika pada kurun ke-17 untuk tujuan komersial dan sebelum kertas
pembalut tercipta pada, tembakau dibalut dengan helaian daun menggunakan
tangan.
Washington Duke Sons & Company yang
diuruskan oleh James Buchanan Duke memulakan perniagaan rokok moden pada
tahun 1979. Pada 1881, James Albert Bonsack mencipta mesin penggulung
tembakau untuk menghasilkan rokok dengan lebih cepat dan produktif. Duke
mengambil peluang ini melalui kerjasama dengan Bonsack Machine Company
in 1884. Semua rokok akan dikeluarkan menggunakan 2 mesin yang disewa
oleh Duke dan dia juga mengupah mekanik mesin milik Bonsack. Untuk
memastikan produk keluarannya terkenal, Duke berbelanja besar dalam
pengiklanan dan memaksa pesaingnya meletakkan harga lebih murah.
James Albert Bonsack
James Buchanan Duke
Mesin penggulung tembakau Untuk dijadikan rokok
Pada tahun 1890, pesaing yang hampir gulung tikar terpaksa menyertai
Duke dalam American Tobacco Company antaranya ialah Company. W. Duke
& Sons, Allen & Ginter, W.S. Kimball & Company, Kinney
Tobacco and Goodwin & Company. Sepanjang zaman kegemilangan American
Tobacco sebagai pengeluar rokok dalam kuantiti yang besar, kira-kira
250 syarikat pengeluar rokok telah diambil alih. Namun masih terdapat
persaingan iaitu pada tahun 1900, Philip Morris memperkenalkan rokok
Marlboro. Pada lewat kurun ke-19, rokok mula dijual dalam paket seperti
sekarang ke seluruh amerika. Kehebatan rokok tersebar ke seluruh dunia
melalui peperangan dan semakin terkenal.
Ketika perang yang melibatkan negara Jerman, doktor disana
mengenalpasti kaitan antara merokok dan kanser paru-paru. Pada 1964,
ketua doktor di amerika menulis satu laporan tentang bahaya menghisap
rokok iaitu kandungan nikotin dan tar dalam rokok menyebabkan kanser
paru-paru. Kemudian pada tahun berikutnya, pihak berkuasa mengeluarkan
arahan supaya setiap pek rokok mesti mengandungi amaran tertulis
“Cigarettes may be hazardous to your health.” Pada tahun 80-an, syarikat
rokok memperkenalkan rokok rendah tar dan nikotin untuk mengembalikan
keyakinan perokok supaya terus merokok dan memilih produk mereka. Tetapi
pada masa yang sama, kerajaan tempatan, syarikat swasta dan pihak lain
mula mengambil langkah menghadkan kawasan merokok di tempat-tempat awam.
Syarikat rokok juga tidak dibenarkan mengiklankan rokok di TV dan radio
serta cukai terhadap rokok juga dinaikkan.
Kini syarikat-syarikat rokok memiliki ladang tembakau di Afrika,
Brazil, Paraguay, India, Pakistan, Filipina dan Greece. 50% dari jualan
syarikat rokok amerika di negara-negara Asia seperti Thailand, Malaysia,
Filipina dan Taiwan. Manakala 30% jualan di Eropah dan Timur Tengah.
Keadaan ini berlaku disebabkan pelbagai tekanan yang dikenakan ke atas
syarikat untuk jual rokok di negara sendiri.
1 comments
Bahaya merokok ni untuk kesihatan diri, malah kesihatan orang di sekeliling pun akan turut terjejas. Semoga lebih ramai perokok yang sedar akan hal ini dan berusaha untuk berhenti merokok.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"