[TERKINI] Misteri Simbol MH370 | Yang Dikaitkan Dalam 4 Filem Hollywood
4/14/2014 08:30:00 am
[TERKINI] Misteri Simbol MH370 | Yang Dikaitkan Dalam 4 Filem Hollywood | Misteri kehilangan MH370 sekarang ini telah dibicarakan secara serius
di seluruh dunia. Pelbagai teori dan andaian dibuat untuk dikaitkan
dengan kehilangan tanpa sebarang pertunjuk.
Memang sifat manusia yang suka membuat telahan dan andaian dan kadangkala diluar jangkaan akal kita berfikir.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan
pesawat MH370 telah dinyatakan secara simbolik lebih awal dalam filem
blockbuster Hollywood, “Man of Steel”.
Di bawah ini video dakwaan berkenaan.
Salah satu babak dalam filem Man of Steel, telah memaparkan nombor
370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang seperti bas.
Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya: M.I.A 6 – 370. Yang boleh diertikan sebagai;
- MIA = Missing In Action
- MIA = Malaysia International Airport
Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.
- 6 = F (Flight)
Menurut teori ini, mengikut kiraannya matematiknya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370!
Pendedahan yang kedua pula, dalam filem tersebut, Superman ada menyebut perkataan Lautan Hindi.
“If I don’t stop that machine over the Indian Ocean”
Adakah sebutan ini secara kebetulan? Pembaca boleh berfikir sendiri kan… 24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat
MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat
berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.
Pelik kan?
Teori ini juga kelihatan didalam filem Mission Impossible III 2006
apabila salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 ada
memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang
musnah akibat letupan di China.
Logo yang sama juga muncul di filem Transformers: Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.
Adakah masih kebetulan? Dan segala-galanya seperti sudah dirancang sejak tahun 2006 lagi. Pembaca boleh menilai sendiri. Tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info dan membuat kesimpulan dengan apa yang ada.
Dan sekiranya ada dikalangan pembaca yang mahu mempertikai, sila berikan penjelasan yang munasabah untuk semua teori diatas.
1 comments
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMedia kita bila melaporkan mana2 insiden kemalangan,pasti setiap data berkaitan dgn kejadian itu akan dilaporkan spt Kenderaan yg terlibat,muatan yg dibawa,mangsa2,waktu kejadian,lokasi,saksi yg menyaksikan serta pihak yg membuat pengesahan iaitu pihak berkuasa.
Itulah perkara asas yg akan disampaikan kpd org awam bila satu2 kejadian itu menimpa didalam negara kita.
Namun berbeza dgn insiden Penerbangan MH370 yg dilaporkan hilang ini apabila kebanyakan maklumat yg diberi bercanggah,berserabut dan membingungkan warga dunia.Malah kini tumpuan lebih menjurus kpd pencarian kotak hitam sedangkan Badan Pesawat MH370 yg berkali ganda lebih besar dari kotak itu diabaikan,Mangsa2 seolah-olah diabaikan dek sensasi Kotak hitam ini menenggelamkan keutamaan-keutamaan yg lain.Kemudian pemergian AG ke UK utk membincangkan isu kotak hitam menunjukkan bahawa seolah-olah pesawat ini bukan milik negara kita sehingga bab kotak hitam pun terpaksa mendapat clearence dari pihak asing.
Sy tidak yakin pesawat ini berakhir di Lautan Hindi krn tiada satu bukti fizikal pun yg boleh mebuktikannya.
PM kita seolah-olah dipaksa membaca skrip yg telah tersedia utk dibaca tanpa memberi ruang kpd soalan2 wartawan.
Jesteru kita tidak boleh mempersalahkan pihak2 yg membangkitkan berbagai andaian krn apa yg diberi sebagai info oleh pihak yg berautoriti tergantung dan bersifat teka teki yg tidak dpt diselesaikan wlwpun berbagai usaha telah dijalankan.
Mungkin shj kita tidak mencari ditempat yg sepatutnya atau bertanya kpd org yg salah maka sbb itu sehingga kini tiada petunjuk2 yg meyakinkan akan keberadaan apa2 unsur berkaitan dgn pesawat yg hilang itu.
Apa kepentingan US dlm hal ini sehingga FBI dtg ke sini dgn kadar yg luar biasa segera lalu Media2 mereka begitu sibuk mengalahkan insiden itu berlaku di negara mereka hanya krn terdpat 3 org warga Amerika dlm pesawat itu.
2 org warga Rusia berada dlm pesawat itu ttp mengapa tiada sebarang kenyataan serius dari Kremlin atas kehilangan 2 org warganya yg menjadi penumpang dlm pesawat malang itu.
Reaksi US itu menambahkan lg keraguan krn track rekod mereka yg selama ini diragui oleh masyarakat antarabangsa.
Ada yg mengatakan insiden ini ada kaitan dgn lawatan Obama ke Malaysia pd April ini.
Mungkin ada yg tidak setuju ttp anda jgn tidak tahu prosedur2 keselamatan oleh Kerajaan Amerika jika Presiden mereka ingin melawat sesebuah Negara.
Mengikut prosedur Air Force One(pesawat yg membawa Presiden),sebulan sebelum mereka mengesahkan kedatangan mereka ke mana2 negara,para perisik dan pengawal Presiden akan meninjau tahap keselamatan dan memeriksa setiap sudut dari lokasi yg dijadikan tapak pendaratan Air Force One sehingga ke lokasi2 lawatan dan mereka akan melaporkan langkah2 keselamatan yg perlu utk melindungi Presiden mereka sepanjang lawatan Presiden mereka itu nanti.
Mengikut konteks prosedur Air Force One,pihak2 risikan bg keselamatan Presiden telah pun berada di Malaysia sepanjang bulan Febuari sehingga Mac yg lalu.Dan tahukah kita bahawa Kapal Perang USS kidd telah berada dilaut China Selatan sblm kejadian Kehilangan Pesawat MH370.
lebih mengejutkan lg adalah kehadiran tentera Amerika di Hutan Simpan negara kita atas alasan Latihan bersama menambahkan lg tanda tanya apakah satu misi Clessified telah dijalankan oleh Pihak Amerika yg berselindung dgn alasan Latihan Ketenteraan serta keberadaan Pengawal Presiden dan risikan mereka utk melakukan study aspek keselamatan yg perlu sblm Lawatan Presiden mereka?
Semua ini seolah-olah ada kaitan dan brsifat tersembunyi.
Berkemungkinan Kedatangan Presiden Amerika ini adalah menuntut Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian Global Trading dan juga perjanjian Pertahanan dgn kita utk mengendurkan pengaruh China di Asia Tenggara lalu Pesawat MH370 dijadikan cagaran oleh pihak mereka?
Wallhua'lam
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"