[EKSKLUSIF] 10 Amalan Yang Boleh Mengubah Kehidupan Anda | WAJIB BACA !!!
5/17/2014 02:10:00 pm
[EKSKLUSIF] 10 Amalan Yang Boleh Mengubah Kehidupan Anda | WAJIB BACA !!! | 1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya).
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail
adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih
mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada
riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih,
jernih dan suci.
2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin).
Al-Quran
adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan pengerak
utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang
bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)
3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh).
Solat
merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat
juga menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada
RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang
mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua
insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat
manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)
4) Jaga solat dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha).
Rasulullah SAW bersabda:
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani
kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah
daging) kita. Rasa janggal kalau ter’miss’ atau tertinggal walaupun
sehari.
5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang).
Sedekah
membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat
kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT
amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)
6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’).
Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA:
“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
7) Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda).
Istighfar
menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan
kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan
tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda:
“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)
8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.
Saban
hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan
pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus
disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan
kendur. Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri
yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat
ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan
yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui
pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang
kita miliki.
9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati).
Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya:
“Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan
pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa
manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat
yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.
Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan
positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu
disekitarnya. Imam Al-Banna berkata:
“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT).
Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas:
“Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa
sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan
benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana
sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Jom sahabat-sahabatku kita
jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba
Allah SWT. Amin
sumber
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"