[EKSKLUSIF] 7 Jenis Status Facebook Yang Mempunyai Rahsia Tersirat | INFO Yang Perlu Anda Tahu
5/26/2014 08:13:00 am
[EKSKLUSIF] 7 Jenis Status Facebook Yang Mempunyai Rahsia Tersirat | INFO Yang Perlu Anda Tahu | SajaAbe nak kongsikan 7 jenis status ni. Abe dapat drpd Oh-meletop.
Sebab boleh dikatakan 90% ada
benarnya.. Maklum la, zaman Facebook. Sekadar hiburan sahaja. Jangan
kecil hati dan terasa. Abe pun terkena jugak, 95% terkena atas diri abe sendiri. hehehhehe. Xpe je, abe xde pun akan stop. So, layan je la :)
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh
doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court
Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH,
mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu
2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni
bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi
objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau
kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..
3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah
ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal
nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde
pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt..
sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang
tengah!!
4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali..
Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari
ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu..
Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda,
Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !
5. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan
stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau
bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan..
sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping
hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang
brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah,
korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !
6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik,
anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk
update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang
paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu
facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza.
Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!
7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai),
dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla
bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel
la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la
sendiri..
Yang lain-lain korang isilah sendiri!
2 comments
singgah sini
ReplyDeleteingatkan aku je dok pikir lagu ni...ropenye ade gak org lain pun pikir gini...cayalah..
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"