Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Dosa Dalam Perkahwinan | Kiri, Kanan, Depan Belakang Semuanya DOSA

5/23/2014 09:11:00 pm

[EKSKLUSIF] Dosa Dalam Perkahwinan | Kiri, Kanan, Depan Belakang Semuanya DOSA | Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah swt kerana bertujuan meramaikan Ummat Muhammad di atas muka bumi ini.



Bukan itu saja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain. Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.

Tapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah. Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai Raja Sehari.

Sejak dari hari pertama majlis walimatul urus berlangsung lagi sudah boleh mengundang dosa jika pengantinnya tidak menutup aurat, disolek oleh mak andam lelaki (sekarang ramai kan).

Selepas dah tinggal bersama pulak, lebih banyak dosa akan dilakukan jika kedua-dua pasangan itu belum bersedia dan kurang memahami tanggungjwab masing-masing. Perkahwinan bukanlah atas dasar nafsu semata-mata.

Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.

Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita kena hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.

Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita kena masak untuk dua orang makan.

Entah berapa banyak “jika” untuk kita senaraikan.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Kalau boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kan.

Tapi kenapa saya katakan dosa dalam perkahwinan? Kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Sebab itu kita kena perlu benar-benar bersedia Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala. Pandang kat suami atau isteri pun dah pahala apatah lagi kalau senyum kan. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah, kita yang makhluk ni haruslah beringat dan berjaga-jaga. Kalau bagi perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa. (Dalam dunia ni sangat senang nak buat dosa kan). Jadi kalau kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata “Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua”. Ada juga yang berkata “Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin”.

Sedia itu merujuk kepada apa? Ilmu rumah tangga? Ilmu agama? Persediaan mental dan fizikal. Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu kena tanya diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yg tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat. "Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (QS.Thaha:132)"
 -Imam Hasan Al Banna - 

Tapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah saw. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM....”
 Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah,


“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemuMu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu nak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah swt. Material pun kena sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Takkan lepas nikah nak duduk bawah jambatan kan. Dan paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah terletak pada redha Ibu bapa.

Artikel ini pernah disiarkan dalam I LUV ISLAM dengan tajuk Perkahwinan dan Dosa.
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3847-dosa-dalam-perkahwinan.html

Untuk lain-lain artikel boleh melawat ke Laman Muslimah Optimis di http://ukhwah-dhearty.blogspot.com/

Yang Benar,
Muslimah Optimis

sumber

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih atas info. Realiti memang kebanyakan pasangan muda berkahwin untuk bergembira dan happy2. Lihat saja hari meminang pun dah banyak pembaziran tp dibuat juga sebab nak gembira dan happy2.Kesimpulannya tak ramai yg berkahwin sebab insaf tapi semuanya lebih memilih utk happy2. Hal dosa ini akan mula difikirkan bila perkahwinan itu diuji atau ditimpa musibah. Cadangan saya kpd perempuan2 bujang supaya hantar info ini kpd calon suami anda. Cuba kita tengok berapa ramai yg sedia menerima cerita dosa ini daripada cerita gembira yg lagha.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad