[PEMBONGKARAN] 5 Taktik Penipuan Penjualan Kenderaan Di Mudah.My | PERLU DIBERI PERHATIAN !!! | Berhati-hati kalau nak beli kenderaan di Mudah.my.
Jangan mudah
terpengaruh dengan harga murah kerana itu kadang-kadang perangkap. Ini
antara masalah yang pernah berlaku pada mereka yang telah menjadi mangsa
atau hampir menjadi mangsa penipu/seller yang bermasalah di Mudah.my.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Aduan telah dihantar tetapi tiada sebarang penambahbaikan yang
dilakukan oleh pihak Mudah.my. Di bawah ini, My Media sertakan antara
taktik-taktik yang pernah terjadi mangsa-mangsa penipuan di Mudah.my.
Seller tak letak contact number, agar mangsa tertarik dengan harga
yang murah. Contact via emel then yang reply emel itu dalam bahasa
inggeris yang penerangannya panjang lebar dan akhir kata si penipu itu
mahu mangsa deposit duit dalam akaun dia.
Kereta/Motor tak ada Road Tax/Insurance tetapi dirahsiakan oleh
seller. Biasanya seller penipu ini akan cuba alih perhatian mangsa
apabila ditanya lebih-lebih tentang Road Tax/Insurance ini. Bila mangsa
sudah setuju nak beli, semasa datang nak ambil kereta/motor itu, baru
seller akan beritahu perkara sebenar. Walaupun mangsa sempat lagi
batalkan perjanjian jualbeli tetapi mangsa dah banyak membuang masa,
lebih-lebih lagi kalau area tempat kereta/motor yang nak beli itu jauh.
Buang masa orang, buat aniaya orang.
Kereta/Motor yang Road Tax/Insurance cukup sempurna, Geran Pula Yang
Bermasalah. Bukan nama seller tetapi masih nama owner lama. Timbul
masalah di sini kalau nak tukar nama kena cari owner lama. Kebiasaannya
seller akan cakap”Takpe bang, asal roadtax/insurance hidup boleh bawa ke
mana-mana..” Tetapi apa pula jaminannya jika mangsa dituduh mencuri
kenderaan tu? Seller seperti ini selalunya akan ‘tarik’ mangsa untuk
pergi view kereta/motor mereka. Bila mangsa dah pergi tengok baru seller
beritahu hal sebenar.
Seller yang memang kaki penipu, iklankan kenderaan cantik tetapi bila
pergi tengok, test drive semua ok. Bila dah setuju nak ambil, jam itu
juga dia ada alasan macam-macam dan janji esok atau lusa baru boleh
mangsa ambil kereta/motor itu. Sebenarnya dia nak tukar sparepart then
lepas je mangsa buat payment, ambil kereta/motor, mangsa bawa balik ada
masalah pula. Bila mangsa call no telefon seller tadi, tak dapat
dihubungi. Seller beli satu simcard khas untuk tujuan penipuan ini. Duit
dah dapat tukar simcard, mangsa nak pergi claim balik dah tak boleh
sebab deal bukan di rumah seller.
Seller yang kaki test market, iklankan motor/kereta nak jual, bila
orang dah datang tengok/nak beli, dah alasan macam-macam tak jadi jual,
mak tak bagi jual, bini tak bagi jual, arwah nenek tak bagi jual, nak
bincang dengan family la, itu la, ini la, ni jenis manusia yang suka
buang masa orang. Ada juga jenis nak tunggu offer lagi baik, dah
berbulan baru cakap balik comform nak jual. Bila mangsa dah beli yang
lain tak nak beli yang dia, macam nak marah mangsa pula. Time orang nak
beli, tak nak jual, bila mangsa dah tak nak beli baru contact mangsa
balik cakap nak jual, sengal punya orang.
Ada pengalaman ‘hitam/pahit’ di Mudah.my? Kongsikan di sini untuk
dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang lain agar tidak tertipu
oleh seller yang tidak bertanggungjawab. Tidak dinafikan Mudah.my memang
adalah seller yang genuine, tetapi di kalangan mereka terselit seller
tak guna ini.
Kalau nak beli kereta kat mudah.my n nak g tengok kereta, bawa kawan yang pandai dalam hal2 kereta, kalau takde kawan boleh je upah mekanik yg kita percaya utk tengok kereta tu..
ReplyDeletehati hati dengan harga..di iklan kan harga lain, bila datang ke kedai untuk test drive di beritahu harga lain pula.
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat ia sgt berguna,kenyataan ini mmg benar itulah yg diamalkan oleh seller yg mementingkan keuntungan mereka tiada kesedaran sivik tak tau dosa pahala,hanya fikir wang semata mata,
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat ia sgt berguna,kenyataan ini mmg benar itulah yg diamalkan oleh seller yg mementingkan keuntungan mereka tiada kesedaran sivik tak tau dosa pahala,hanya fikir wang semata mata,
ReplyDeleteDisebabkan seorang dua buat perkara tidak elok beri kesan tempias kepada yang sebenar-benar untuk berniaga.
ReplyDeleteAku pun dh terkena dahh..kt Kuala Kgsar. Tgok iklan kereta ok cantik. Tp bila sampai nk tgok kereta buruk sgat Rupa2 penjual tu lletak gambar kereta yg lain nmpak cantik padahal kereta buruk.
ReplyDeleteAku pernah nak beli satu Waja yg owner dia dah migrate ke UK. Aku pun dgn semangatnya emel...Ada org jawab...Waja tu nak jual..tp kalau aku nak..kena bayar utk proses tukar nama..bila Tanya proses dengan PUSPAKOM dan JPJ dah kantoi..Nampak sgt ni negro punya keje.
ReplyDeleteAku pun jual kereta kat Mudah....yg pembeli pun boleh tahan, siap bwk mekanik. Bila tunjuk je semua bil....beribu dah keluar nak cantikkan kereta tu...br senyap.
Aku takde nk corner2..kalau eksiden..betul keter aku kena langgar bumper..tp kos repair je dah RM1800.00. Kalau buyer tak suka dan tak yakin...dia dgn mekanik tu boleh blah.
bukan setakat kereta sahaja,banyak benda lain yg di iklan kan,pembeli sering kena tipu.
ReplyDeleteAku cadangkan agar setiap kereta yang nak diiklankan di mudah.my paparkan no plate (registration no) kereta tu! jangan hitamkan no platenya....
ReplyDeleteada penjual penipu minta masuk duit booking. dia cakap ramai org nk dtg tengok, klu betul2 nak dia suh boking dulu. bila dah bank in. tel xangkat.byk dah buyer terpedaya.. satu kereta tu dia boleh beribu2 duit boking org yg terpedaya.. dah repot polis tp polis xdpt buat apa2... jd berhati-hatilah..
ReplyDeleteServer engine mudah ni server curi, programming curi, database curi, jadi pencuri bertemu pencuri
ReplyDeletePengalaman saya terkena dengan agen sewa rumah. Letak harga murah. Tapi nak deposit masuk dulu. Nasib baik bertegas jugak pegi dulu ke lokasi. Rupanya rumah x wujud. Nasib baik orng tempatan tahu pasal agen ni..menyusahkan orang..
ReplyDeletesaya dah terkena. dulu masa nak jual kereta dalam mudah.com tetiba ja ada email masuk cakap setuju dengan harga, then minta akaun number nak bank in deposit. lepas tu suruh send kereta ke tehran. suruh dia call hp saya x nak pulak. at last sy bo layan email tu.
ReplyDeletedengan segala macam penipuan yang ada saya rasa ada baiknya kita beli kereta daripada kawan-kawan, saudara mara atau orang-orang yang kita kenal atau paling baik beli dari kedai je.., memang di akhir-akhir ni semakin ramai orang yang tak jujur dalam kehidupan mereka (termasuk diri kita sendiri - yang kadang-kadang terpaksa berlakon untuk mengelak sesuatu yang memberi kesan lebih buruk daripada berlaku - semoga Allah ampunkan kita ) cuma sekiranya tidak menzalimi atau menyusahkan sesiapa mungkin kita boleh terima, tapi dalam isu membeli kereta ni saya rasa pembeli perlu mendapat nilai yang sepatutnya setiap ringgit yang dikeluarkan . Bagi golongan yang ' agak kekurangan ' dalam soal kewangan seperti saya ni pasti akan terkilan sekiranya kereta (yang bukan lagi item kemewahan tetapi keperluan) tak seperti yang diharapkan sebab kita mengumpul wang sedikit demi sedikit dengan berjimat cermat untuk mendapatkan sebuah kereta untuk keperluan keluarga tapi akhirnya kereta yang dibeli sering mengalami masalah dan menyusahkan kita.
ReplyDeleteSaya ada nak jual kereta dalam mudah.my..petang tadi saya dapt 3 buyer..ada yg keja laut,kerja kapten askar malaysia.nak beli untuk anak kt arab la.kat suami di myanmar la..betul ke semua nie?dia mintak no acc utk bnk in duit.boleh ke saya bg?tolong bg pendapat?
ReplyDeleteBeware ! Scammer mudah.my 010 5272235
ReplyDeleteScammer on 28/09/2015
ReplyDeleteMaybank Account 164221520439
Beware...active on mudah.my..last modus operandi try to sell 1 Suzuki Vitara with low price - Rm5k which normal price of this car is above Rm10k
Saya dah bank in deposit booking kereta, tetiba dekat nak pergi puspakom, penjual senyap.
ReplyDeleteBoleh ke saya buat report polis? Saya tau alamat penjual tu.
Sesiapa yg dapat Bantu, whatsap saya 01132994153 Deen, KL
Saya baru jer kena tipu 6k... Pemilik akaun melayu...yg deal ngan saya cina.. Hanya Allah yg balas...ambik lah duit haram tu... Tak saya halalkan
ReplyDeletesaya pon sama ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
DeleteCina bernama andrew tan penipu besar d mudah.my dan banyak menyusah dan menginiaya pembeli kereta. Saya telah kerugian rm3500 hari ini 11.8.2017 .
ReplyDeleteRsa2 seller nie nk tipu.. Dya mintak deposit dlu sbb rmai sngt nk boking.. Siap tnjuk roadtax dgn grand kereta lgi.. Nama acc bank.. Public bank Achuengmoei.. Chiuengmoe saewang.
ReplyDelete