Sengsara Demam Rindukan Anak | RAHSIA DISEBALIK DEMAM
5/28/2014 01:02:00 pm
Sengsara Demam Rindukan Anak | RAHSIA DISEBALIK DEMAM | Assalamualaikum, lama betul Abe tak menulis segini. Apa Khabar?
Malam tadi, Abe demam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Demam rindu kat Isteri & Hero Abe, Anakanda Tengku Ean Rifqee. Mungkin sebab Bondanya penat sekarang ni, sengsara je rasa bila tak dapat nak tengok gambar Anakanda EanRifqee. Ya la, tengah-tengah malam buta, mesti la dia tido.
Abe pun kena faham juga yang sekarang Ean Rifqee tengah nak membesar. Jadi, memerlukan tido yang cukup. Ye la, nanti bila bangun susah nak tidur plak. Siang kalau lena sangat tidur, malam pulak berjaga. Kesian pulak Bonda berseorangan berjaga. Tok Ma dan Tok Abah pun turut sama berjaga kalau Anakanda tidak tidur... Hurm, Ayahanda pulak jauh di perantauan...
Pagi tadi, Abe masih demam. Tapi, sekarang ni, alhamdulillah dah sihat selepas Bonda Ean Rifqee dah bagi umpan dengan gambar Anakanda. Abe kena sihat sebab nak kena cari rezeki untuk diorang.
Dan setiap malam tu, bila Abe rindukan Bonda & Ean Rifqee, KakMin selalu je jadi peneman.. Abe panggil dia datang, cakap-cakap dengan dia. Walaupun KakMin temani, tapi tetap takkan hilang rindu Abe pada mereka yang Abe sayang di Kampung.... :'(
TQ KakMin sebab sudi temani Abe.
Rahsia Disebalik Demam
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?
Hakikat Demam.
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
Malam tadi, Abe demam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Demam rindu kat Isteri & Hero Abe, Anakanda Tengku Ean Rifqee. Mungkin sebab Bondanya penat sekarang ni, sengsara je rasa bila tak dapat nak tengok gambar Anakanda EanRifqee. Ya la, tengah-tengah malam buta, mesti la dia tido.
Abe pun kena faham juga yang sekarang Ean Rifqee tengah nak membesar. Jadi, memerlukan tido yang cukup. Ye la, nanti bila bangun susah nak tidur plak. Siang kalau lena sangat tidur, malam pulak berjaga. Kesian pulak Bonda berseorangan berjaga. Tok Ma dan Tok Abah pun turut sama berjaga kalau Anakanda tidak tidur... Hurm, Ayahanda pulak jauh di perantauan...
Pagi tadi, Abe masih demam. Tapi, sekarang ni, alhamdulillah dah sihat selepas Bonda Ean Rifqee dah bagi umpan dengan gambar Anakanda. Abe kena sihat sebab nak kena cari rezeki untuk diorang.
Dan setiap malam tu, bila Abe rindukan Bonda & Ean Rifqee, KakMin selalu je jadi peneman.. Abe panggil dia datang, cakap-cakap dengan dia. Walaupun KakMin temani, tapi tetap takkan hilang rindu Abe pada mereka yang Abe sayang di Kampung.... :'(
TQ KakMin sebab sudi temani Abe.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?
Hakikat Demam.
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam
hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi
Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)
Dalam
kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh
orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah
telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab
yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah
telah menzahirkan berbagai jeniskegembiraan dan kenikmatan yang berasal
dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.
Sebahagian
ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api
neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam
dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa
panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi
dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai
perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan
api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.
Adapun
maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah
bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang
paling afdhal itu ialah memberi minum air.
Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.
Memang
tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau
mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?
Sebenarnya
kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita
kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh
dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu
alaihi wasallam sendiri, para sahabatdan pengikut-pengikut mereka,
pernah mengadukan kesakitan mereka.Diriwayatkan bahawa Al-Hasan
Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka
menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa
Taala dengan berkata yang ertinya :
Wahai Tuhanku, sesungguhnya
aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani
daripada (yang lain) yang mengasihani.
Adapun yang dimaksudkan
dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah
mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu.
Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya
kepadakawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka
dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika
seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh
mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakankesakitannya, maka
tidaklah juga menjadi apa-apa.
Al-Quran ada menceritakan tentang
kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di
antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal.
Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku
baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian
baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup
dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya
dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak
disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh
baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang
tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka
keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil.
Semua orangmemencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.
Nabi
Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia
bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah
bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan
permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :
Tafsirnya
: "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata:
Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang
lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" .
(Surah Al-Anbiya¡¦: 83)
Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang
disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya
budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku
ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang
menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu",
kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa
Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus
juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada
segala yang mengasihani" .
Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub
mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku
kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada
sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub
kepadaAllah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa
yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah
Subhanahu Wa Taala.
Inilah satu kisah yang patut kita ambil
iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub
telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya
ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya,
Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia
pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta
dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.
Mencaci-maki Demam.
Selaku
seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak
mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar
semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari
mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh
Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith
yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :
"Bahawasanya
Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu
Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:
"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?
Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".
Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
"Jangan
engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani
Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran
(karat) besi".(Hadith Riwayat Muslim)
Begitulah, segala apa jua
yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita
syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar
menempuhinya.Demam Penebus Dosa.Sebenarnya larangan mencaci maki demam
itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan
ingati.Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir
Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang
sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang
menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.
Jadi,
ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia
menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.
"Ya
Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin,
Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari
angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka,
lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas
mereka.
Amin, ya Rabbal A'lamin."
Amin, ya Rabbal A'lamin."
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u
aim but be sure don't hurt any one.
1 comments
betapa pengasihnya Allah, diturunkan bala ujian dan penyakit sebagai ujian semata-mata untuk menaikkan darjat kita ke tahap yang lebih tinggi...
ReplyDeletejuga diturunkan ubat dan penawarnya melalui hadis Nabi sebagai penguji tanda berimannya kita pada pesuruh Allah...
maklumat PDF tentang UTM Skudai terhadap habbatus sauda dalam membuktikan hadis Nabi (terutama dalam merawat kanser), boleh didownload di link ini :-
http://bit.ly/1uLfp6D
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"