[EKSKLUSIF] Bagaimana Bulu Pelepah Ini Keluar Dari Leher Bayi? | PELIK TAPI BENAR
6/26/2014 08:30:00 am
[EKSKLUSIF] Bagaimana Bulu Pelepah Ini Keluar Dari Leher Bayi? | PELIK TAPI BENAR | Ibu bapa mana yang tidak risau apabila mendapati anaknya menerima simptom yang pelik.
Ini yang berlaku terhadap sebuah keluarga apabila beranggapan bengkak yang dialami anaknya di bahagian pipi hanya jangkitan kuman.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Bagaimanapun setelah dibuat pemeriksaan, doktor mendapati terdapat bulu pelepah yang keluar dari leher anak pasangan tersebut. Boleh lihat gambar di bawah ini. Pelik bukan?
Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bulu pelepah keluar daripada leher bayi mereka,
Mya Whittington yang berusia tujuh bulan. Bukan sahaja pasangan itu,
malah doktor yang merawat Mya juga terperanjat dengan kejadian
berkenaan.
Bulu pelepah sepanjang dua inci itu bagaimanapun berjaya ditarik
keluar daripada leher bayi tersebut selepas ibu bapanya membawa Mya ke
hospitalapabila lehernya membengkak.
Menurut bapanya, Aaron Whittington, 27, Mya mula berasa sakit dan
tidak selesa sejak Sabtu lalu, namun mereka tidak mengetahui apa
puncanya.
“Isteri saya menghubungi saya di pejabat dan memberitahu bahagian kiri leher anak saya mula bengkak. Dia bertanya kepada saya sama ada kami perlu membawa bayi itu ke bilik kecemasan,’’ katanya.
Aaron dan isterinya kemudian memutuskan untuk menunggu hingga keesokan harinya dengan harapan bengkak itu akan surut.
Namun selepas melihat bengkak itu semakin besar, mereka terus membawanya ke hospital.
“Mya dimasukkan ke hospital. Pada mulanya doktor menyangka tekak Mya
mengalami jangkitan dan bengkak itu mengandungi cecair. Namun mereka
berasa hairan kerana selepas berjam-jam cuba mengeluarkan cecair tersebut, tiada apa yang keluar pun dari kawasan bengkak itu.
“Beberapa jam selepas itu saya dan isteri melihat sesuatu muncul di
leher Mya. Doktor kemudiannya menanggalkan sarung tangannya dan menarik
bulu pelepah,’’ katanya.
Jelas Aaron apabila doktor memaklumkan ia adalah bulu pelepah, dia
dan isterinya terkejut dan tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan
itu.
“Doktor sendiri tidak tahu bagaimana bulu pelepah itu boleh keluar melalui lehernya.
Namun doktor berkenaan mempunyai teori tersendiri iaitu kemungkinan
besar Mya menelan bulu tersebut dan ia melekat di bahagian tekaknya.
“Badan Mya kemudiannya tidak dapat menerima bulu itu dan memaksanya keluar melalui leher,’’ kata Aaron.
Pasangan suami isteri itu kemudiannya teringat bagaimana anak mereka
menangis dan menggaru-garu bahagian bawah telinga kirinya, beberapa
minggu lalu.
Namun pasangan itu menyangka anak mereka terkena jangkitan di telinga atau mungkin kesakitan kerana baru tumbuh gigi.
Bayi berkenana kini sihat sepenuhnya dan doktor juga memutuskan dia
tidak perlu menjalani pembedahan kerana badannya akan pulih dengan
sendiri.
Menurut Aaron, dia gembira kerana anaknya kembali sihat namun terkejut kerana berita mengenai bulu pelepah itu tersebar luas.
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"