[EKSKLUSIF] Ritual Mandi Air Liur Di India | PELIK TAPI BENAR | Ritual kuno berumur ratusan tahun di India ini mengajar masyarakat
Hindu kasta rendah untuk berguling pada sisa makanan yang dibuang oleh
kasta lebih tinggi.
Ia dilakukan kerana dipercayai dapat menghilangkan
penyakit.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Yang unik, meskipun ritual ini telah ditentang oleh
banyak pihak, masih ada segelintir kelompok pengamal ritual ini yang masih melakukannya sehingga ke hari ini.
Ritual ini disebut sebagai ‘Made Snana’ bermaksud mandi ludah, iaitu
ritual yang umum dilakukan di daerah Karnataka ketika perayaan rutin
yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun iaitu kuil Kukke Subramanya.
Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di bandar Udupi.
Sebagai sebahagian daripada ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk
anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang
dimakan para brahmana, sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi.
Dengan bergulingnya mereka pada sisa makanan tersebut, diyakini, semua
kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan.
Festival rutin ini diikuti oleh sehingga 25000 orang yang berguling pada ‘sisa makanan’ para Brahmana.
Sementara, di sisi lain, terdapat sebahagian Dalit yang bergabung
dalam Organisasi Kesejahteraan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak
berperikemanusiaan dan tak dapat diterima. Jika memang dapat
menyembuhkan penyakit secara efektif, seharusnya kerajaan pusat menutup
hospital dan badan kesihatan formal yang lainnya. Ritual ini dianggap
menjadi
sebuah hal yang sangat tidak ilmiah dan menjijikkan.
Bagaimanapun, salah seorang pengikutnya, seorang ahli astrologi,
Kabyadi Jayarama Acharva menjelaskan bahawa ritual ini tidak ada
kaitannya dengan pembahagian kasta. “para Brahman yang makan dianggap
sebagai representasi dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap berkat
dewa. Saya sendiri berguling snana ketika berumur 16 tahun dan penyakit
kulit saya sembuh.
Beberapa pihak yakin bahawa terdapat kesan psikologi yang timbul
ketika melakukan ritual ini sehingga menyebabkan keyakinan pada diri
mereka meningkat dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"