Sahabat Que 'Silent Readers'

[PELIK TAPI BENAR] Wanita Ini Mampu Menulis Dua Tangan Dalam Satu Masa | LUAR BIASA

6/27/2014 08:30:00 am

[PELIK TAPI BENAR] Wanita Ini Mampu Menulis Dua Tangan Dalam Satu Masa | LUAR BIASA | Kebiasaannya orang yang mampu menulis menggunakan tangan kiri, dianggap unik berbanding menulis dengan tangan kanan.


Tetapi adalah lebih unik dan luar biasa sekali apabila wujudnya manusia yang mampu menulis dua tangan serentak dalam satu masa.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Bolehkah kita berbuat demikian? Kebolehan ini sudah tentu dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba yang terpilih. Keistimewaan yang sangat unik.

Di zaman kecanggihan teknologi dan telefon pintar, pasti ada pengguna berhadapan kesukaran untuk menulis dengan baik walaupun dengan sebelah tangan sahaja.

Tetapi tidak buat seorang penterjemah China, Chen Siyuan, yang berkebolehan menulis dengan dua belah tangannya serentak pada satu masa.

Menarik sekali, Chen, 24, mampu menulis berlainan bahasa serentak seperti bahasa Cina dan Inggeris.

Menurut Chen, beliau tidak melakukan sebarang latihan tetapi bakatnya muncul tanpa disedari sewaktu cuba menyelesaikan timbunan kerja sekolah beberapa tahun lalu.

“Ketika di sekolah menengah, secara tidak sedar saya telah menulis dengan kedua-dua belah tangan secara serentak,” katanya. – DailyMail

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad