Tuesday, 10 June 2014

[SERAM] Rumah Berhantu Dilelong Dengan Harga 1 Euro | PELIK TAPI BENAR

[SERAM] Rumah Berhantu Dilelong Dengan Harga 1 Euro | PELIK TAPI BENAR | Laman web eBay versi Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan penjualan rumah berhantu yang terletak di Arbresle, kawasan Rhône-Alpes, dengan harga yang ditawarkan semurah 1 euro.


Rumah tersebut berkeluasan kira-kira 110 meter persegi dan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 350 meter persegi.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Maud69620, merupakan individu bertanggungjawab yang menyeraikan penjualan aset tersebut. Berdasarkan cerita, rumah tersebut pernah menjadi lokasi pembunuhan yang kejam sekitar tahun 1950an dan kini ianya dihantui oleh roh-roh yang tidak tenteram.


Pelbagai fenomena paranormal yang berlaku seperti terdengar suara misteri, bunyi tingkap diketuk, dan objek bergerak secara sendiri.

Maud69620 langsung tidak bergurau malah dia tidak membenarkan sesiapa yang merasakan fakta tersebut palsu untuk menghubunginya. Iklan tersebut dikhususkan untuk sesiapa yang percayakan kewujudan dunia ghaib.


Berbalik pada peristiwa pembunuhan yang pernah berlaku, mangsa dikatakan sepasang suami isteri yang juga bekas pemilik rumah tersebut. Sekumpulan pekerja telah membunuh mereka secara kejam bagi mencari harta karun yang disembunyikan di dalam rumah. Namun pembunuhan tersebut tidak dapat dipastikan benar mahupun tidak kerana tiada mayat yang dijumpai. Pemilik rumah tersebut hilang tanpa dikesan tetapi berdasarkan kenyataan yang dibuat, mayat mereka ditanam di padang berhampiran.

5 comments:

  1. ishh. seram. bagi free pon tak mau tau. huhu

    ReplyDelete
  2. Admin..kenapa la tak letak gambarnya...?? tak kualiti artikal u..
    nama blog dah nak ok dah.. tapi isi kureng..

    ReplyDelete
  3. admin. elok tiru macam blog anaksungaiderhaka...mudah je orang nak posting..barulah berani dan open namanya..baru boleh naik rangking..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"