[TERKINI] Lelaki Ini Tinggal Dalam Kubur Selama 15 Tahun | PELIK TAPI BENAR
6/07/2014 09:00:00 am
[TERKINI] Lelaki Ini Tinggal Dalam Kubur Selama 15 Tahun | PELIK TAPI BENAR | Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15
tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di Nis,
Serbia.
Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat
sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Menurut Stojanovic, 43,
sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai
tempat tidur.
“Saya membuat beberapa ubah suai pada kubur berkenaan dan selepas
itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi
lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu adalah syurganya. “Ia bukan
sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding
tidur di jalanan,” katanya.
Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan
rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah hutang yang banyak.
Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil
keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk
dan gelap.
Kata Stojanovic, hidup bersama mayat tidak begitu menakutkan seperti
sangkaan sesetengah pihak. “Pada mulanya saya takut, tetapi
lama-kelamaan keadaan di situ menjadi biasa.
Kelihatan Stojanovic keluar masuk kubur
“Kini, selain masalah kelaparan, saya lebih takutkan manusia yang
hidup berbanding dengan orang mati,” katanya. Menurut Stojanovic, setiap
kali dia mahu keluar dari ‘rumah’ itu, dia akan mengintai terlebih dulu
bagi memastikan tiada sesiapa di situ. Jika tidak, kata Stojanovic, dia
mungkin menakutkan orang lain yang kebetulan ada di sekitar kawasan
berkenaan.
Stojanovic berkata, dia juga bersedia jika ditakdirkan mati dalam
kubur seluas dua meter persegi itu.“Sekurang-kurangnya saya dapat mati
di tempat yang sesuai,” katanya.
|
1 comments
kasihan banget
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"