[EKSKLUSIF] 10 Kalangan Manusia Yang Solat Nya Tidak Diterima Allah S.W.T | MESTI BACA !!!
7/04/2014 05:42:00 pm
[EKSKLUSIF] 10 Kalangan Manusia Yang Solat Nya Tidak Diterima Allah S.W.T | MESTI BACA !!! | Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa
yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk
dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka
sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya.” -(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah s.a.w juga bersabda bahawa:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“ 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t,
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.
4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.
7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yg solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yg keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa
yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji
dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan
Allah s.w.t dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu
dari terus melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu
dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti
solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu
bungkusan kain tebal yang buruk.”
Wallahua’lam
2 comments
Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan
ReplyDeletedan penghulu segala bulan
Delete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"