[EKSKLUSIF] 21 Syarikat Terbaik Malaysia Untuk Mula Bekerja | INFO WAJIB BACA !!!
7/15/2014 12:04:00 pm
[EKSKLUSIF] 21 Syarikat Terbaik Malaysia Untuk Mula Bekerja | INFO WAJIB BACA !!! | Majalah terkemuka Asia, Business Media International, HR Asia iktiraf prestasi pengurusan firma terpilih di Malaysia.
Sebanyak 21 syarikat tempatan termasuk tiga bank dinobatkan sebagai
antara pemenang Anugerah Syarikat Terbaik Untuk Bekerja di Asia 2013.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Bank terbabit ialah CIMB Group Bhd, RHB Banking Group dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank).
Penganugerahan itu adalah hasil kajian satu majalah terbitan Business
Media International, HR Asia bertujuan mengenalpasti syarikat terbaik
Asia dari aspek kepemimpinan, selain mengkaji maklum balas dari pekerja
syarikat dan pakar bidang sumber manusia.
Sebanyak 145 syarikat terbabit dalam kajian itu yang meliputi 12 negara di Asia.
Cara Menilai Syarikat Dalam Kajian
Dinilai bersandarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif, dengan
keputusan kaji selidik diperoleh dari kedua-dua pekerja dan
majikan. Justeru, syarikat yang dipilih tidak hanya pada profil mereka
atau dasar sumber manusia, tetapi yang lebih penting adalah strategi
modal insan bakat yang ada pada mereka. Sejumlah 4,000 pekerja di
Malaysia terbabit dalam kajian yang membabitkan pandangan mereka
mengenai motivasi, hubungan emosi di tempat kerja, dan hubungan dengan
majikan.
Kecemerlangan kerja
CIMB Group diiktiraf oleh pekerjanya berikutan komitmen perniagaan yang
kukuh selain memberi ganjaran serta faedah kepada kakitangannya
berdasarkan kepada kecemerlangan prestasi kerja.
RHB Banking Group pula dipilih susulan amalan konsep nilai PRIDE,
iaitu profesionalisme, hormat, integriti, dinamik dan kecemerlangan,
manakala EXIM Bank berdasarkan inisiatif berterusannya dalam mewujudkan
semangat setia kawan di kalangan pekerja.
Selain tiga bank tempatan itu, pengendali penerbangan tambang murah,
AirAsia Bhd; Telekom Malaysia Bhd; Malakoff Corporation Bhd; Mah Sing
Group Bhd; dan MKH Bhd turut memenangi anugerah itu.
21 Syarikat Malaysia Terbaik Untuk Mula Bekerja |
Kepuasan bekerja
AirAsia diiktiraf hasil amalan persekitaran kerjanya yang
berorientasikan keluarga, kebersamaan, program latihan modal insan
selain memupuk ‘sikap jaguh’ dalam kalangan kakitangannya.
Telekom Malaysia pula dinobatkan sebagai tempat kerja yang memberi
inspirasi menarik dan memiliki barisan individu yang mahir. Via - Berita Harian
sumber: http://amekaw.com/2013/07/21-syarikat-terbaik-malaysia-untuk-mula-bekerja/
1 comments
Terima kasih atas perkongsian ilmu ni..
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"