[EKSKLUSIF] Gurauan Bersahaja 'TERAKHIR' Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar | [AL FATIHAH] DATUK SHARIFAH AINI DALAM KENANGAN
7/05/2014 08:36:00 pm
[EKSKLUSIF] Gurauan Bersahaja 'TERAKHIR' Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar | [AL FATIHAH] DATUK SHARIFAH AINI DALAM KENANGAN | “Minggu depan kita jumpa lagi ramai-ramai.” Gurauan
bersahaja Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, ketika
rakan artis yang melawat beliau di Hospital Pakar Damansara, Petaling
Jaya minggu lalu rupa-rupanya menjadi petanda terakhir beliau pergi
menghadap Ilahi.
Artis veteran yang juga rakan karib biduanita negara itu, Mohd Nasir
Abd Wahab atau lebih dikenali sebagai Nassier Wahab berkata, beliau
bersama beberapa rakan artis yang lain dijemput secara khas oleh
Sharifah Aini untuk datang melawat beliau di hospital.
“Saya sempat bersama beliau selama hampir dua jam. Selama berada di
sampingnya, arwah menunjukkan tanda-tanda positif seperti bergurau dan
bersemangat untuk kembali sihat supaya dapat menyertai rakan artis yang
lain untuk sama-sama mengadakan persembahan.
"Pada ketika itu, saya tidak sangka itu adalah pertemuan
terakhir saya dengan arwah. Banyak kata-kata tersirat arwah ketika
berbual dengan saya dan rakan-rakan yang lain. Paling tidak dilupakan
arwah ada cakap, dia redha dengan sakit yang dialami. Ini mungkin ujian
daripada Allah untuk kurangkan dosa-dosanya. Itu paling menyentuh jiwa
saya,” katanya ketika ditemui BH Online di pekarangan Masjid At-Taqwa,
TTDI di sini, sebentar tadi.
Nassier berkata, pemergian penyanyi yang terkenal dengan lagu Seri
Dewi Malam itu dianggap pemergian terbesar dalam industri seni tanah air
selepas pemergian Saloma.
“Arwah seorang yang tabah, kuat semangat dan kelakar. Beliau pernah
berkata, hidup ini adalah seni. Bila saya lihat beliau, saya tanamkan
dalam hati saya, setiap anak seni perlu tabah seperti beliau yang
berdepan pelbagai rencah sebagai seorang anak seni.
"Kita sebagai adik yang menganggap beliau sebagai kakak, harus
menjadikan beliau sebagai pedoman untuk kita teruskan hidup dalam dunia
seni ini,” katanya.
Nassier menambah, beliau sangat beruntung kerana menjadi antara
insan terawal yang dapat meratapi wajah anak didik Datuk Ahmad Nawab
sebelum Hospital Pakar Damansara menutup wajahnya dengan kain putih.
“Sejurus menerima panggilan daripada waris keluarga arwah, saya
bergegas ke hospital dan sempat menyedekahkan bacaan surah Yasin kepada
jenazah,” katanya
2 comments
Al-fatihah
ReplyDeletetakziah kepada keluarga arwah
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"