[EKSKLUSIF] Kisah Sedih Seorang Ibu (Sila Sediakan Tisu) | KISAH NYATA KISAH BENAR
7/07/2014 09:00:00 am
[EKSKLUSIF] Kisah Sedih Seorang Ibu (Sila Sediakan Tisu) | KISAH NYATA KISAH BENAR | Assalamualaikum semua…post ni merupakan satu cerita yang agak
sedih..ya..kasih ibu amat besar..lebih besar daripada segalanya, lebih
berharga daripada nilai gaji yang kita perolehi..
Tetapi mengapa kita
perlu jadi sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah
mereka selagi kita masih punyai…kini c.z hanya mempunyai ibu sahaja…dan
cz memang SAYANGKAN DIA…..
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam
kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka,
tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital,
doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada
harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan
diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia
segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata
ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya
sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak
henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak
banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu
tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam
bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan
malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar
anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah
payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan
kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa
jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau
sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat
sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk
hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di
telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah
kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan
kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan
Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal,
berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh
badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi
untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan
kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda
kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu
yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan
dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga
ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang
menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya
untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan
ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa
ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan
ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa
seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau
matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah,
aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang
tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan
hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun
ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan
dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan
agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal
ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera
mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat
‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"