Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Lelaki Dengan Penyakit Kulit Yang Luar Biasa | PELIK TAPI BENAR

7/21/2014 09:55:00 am

[EKSKLUSIF] Lelaki Dengan Penyakit Kulit Yang Luar Biasa | PELIK TAPI BENAR | Seorang lelaki di China yang digelar ‘Chimp’ mula menerima rawatan untuk membantu menghilangkan tompok hitam berbulu di badannya.


Zhang Hongming dari Chongqing, barat daya China, menderita penyakit kulit luar biasa yang dipanggil pigmentasi nevus itu, sejak dia dilahirkan menyaksikan pesakit mempunyai tahi lalat berbulu gergasi.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Hongming dilahirkan dengan tanda lahir hitam di badannya, tetapi ekoran keluarganya miskin, dia tidak pernah mendapat sebarang rawatan. “Tompok hitam itu telah menjadi mimpi ngeri sejak saya dilahirkan.

“Pada mulanya saya hanya ada tanda lahir berwarna hitam, tetapi sejak umur lapan tahun, benda itu semakin membesar dan mengeluarkan bulu,” katanya. Menurut Hongming, akibat penyakit yang dialaminya itu, dia juga sering dibuli dan diejek, selain digelar monyet atau cimpanzi. “Setiap kali saya melihat orang di sekeliling saya berbisik-bisik sesama mereka, saya akan melarikan diri,” ujarnya.

Hospital Pembedahan Plastik Hua Mei di Shanghai telah bersetuju untuk menyediakan rawatan percuma bagi merawat penyakitnya itu. Dia kini sedang menjalani rawatan pertama daripada enam prosedur yang perlu dilaluinya untuk menghilangkan bulu-bulu dan tahi lalat tersebut. – AGENSI

You Might Also Like

2 comments

  1. que delete tersalah komen tu...ha ha ha...copy paste punya pasal...ya ampun...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad