[EKSKLUSIF] Mengapa Israel Takut Dengan Penghafal Al-Quran? | INFO YANG WAJIB BACA !!! | Seperti yang telah kita ketahui bersama bahawa perang antara Israel-
Palestin (HAMAS) tidak akan ada hentinya. Israel terus melakukan
pembunuhan demi pembunuhan terhadap warga Palestin.
Perlu diketahui bahawa dari ribuan jiwa yang terkorban mangsa
keganasan perang Israel, 75 % diantara mereka adalah kanak-kanak dan
wanita.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pelbagai alasan yang diberikan oelh pihak yahudi mengenai korban
tersebut. Sebahagian besar alasannya sangat tidak masuk akal sama
sekali dan mengada-ada. Lebih mengecewakan lagi apabila negara-negara
dunia seakan tidak mampu menghentikan ini semua, termasuk negara-negara
arab sendiri.
Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa tentera yahudi membunuh
kanak-kanak Palestin? Ada yang berkata memang tabiat tentera yahudi yang
kejam dan biadab. Ada juga yang berkata tentera yahudi takut akan
pertumbuhan kanak-kanak Palestin kerana kanak-kanak yang terlahir adalah
generasi masa depan Islam yang gemilang. Mungkin pendapat yang kedua
ada benarnya dan masuk akal juga.
Berikut adalah sebab mengapa tentera yahudi laknatullah menjadikan
kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kumpulan
HAMAS.
Semasa serangan tentera yahudi terhadap Palestin pada Disember 2008
yang berlaku ketika bulan suci Ramadhan tahun 1429 H, pimpinan HAMAS
Ismail Haniyah melantik sekitar 3500 kanak-kanak Palestin yang telah
hafal Al-Quran. Kanak-kanak tersebut sudah menghafal 30 juz Al-Quran.
Ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.
“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran,
bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa? ” Demikian
pemikiran yang berkembang di dalam fikiran orang-orang Yahudi.
Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal
Al-Quran. Keadaan Gaza yang dikepung dari segala arah oleh tentera
yahudi laknatullah menjadikan masa mereka terus berinteraksi dengan Al
-Qur’an. Tidak ada yang bermain Play Station atau ‘game’ bagi mereka.
Keadaan tersebut memangkin mereka untuk menjadi para penghafal
Al-Quran ketika masih begitu muda. Ketakutan Zionis Yahudi laknatullah
terhadap keadaan ini menyebabkan kira-kira 500 kanak-kanak penghafal
Quran itu telah syahid.
Itulah sebahagian sebab mengapa HAMAS mengenakan syarat- syarat yang
amat berat untuk menjadi anggota mereka antaranya hafiz Al-Quran dan
tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah terutama solat subuh.
Teringat zaman emas tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan
dahulu. Rahsia besar yang perlu dicatat dalam masa itu adalah umat Islam
tidak pernah jauh dengan Al-Quran, tidak pernah melepaskan hadis
Rasulullah saw menjadi pedoman. Seperti dalam sebuah hadis Rasulullah
Saw pernah bersabda.
“Telah kutinggalkan untuk kalian dua perkara. Jika kalian berpegang
teguh dengan keduanya, maka kalian tidak akan pernah sesat , iaitu Kitab
Allah dan Sunnah Nabi- Nya “( HR. Malik).
Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan
Zionis , nyawa mereka diancam setiap saat, setiap minit bahkan setiap
detik, tapi itu semua tidak melunturkan niat mereka untuk dekat dengan
Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh tentang Agama
Islam.
Israel memang unggul dalam segi jumlah pasukan dan kelengkapan tempur
yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang
yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu
mereka.
bgos entri nie abe..
ReplyDeleteseronok baca bersama di samping isteri tercinta..
wakaka