[EKSKLUSIF] Penjual Al-Qur’an Bukan Islam Di Lowyat | Komen Anda?
7/08/2014 02:00:00 pm
[EKSKLUSIF] Penjual Al-Qur’an Bukan Islam Di Lowyat | Komen Anda? | Kecoh sejak akhir-akhir ini di internet mengenai ada penjual bukan
Islam didapati menjual Al-Quran digital di Plaza Low Yat, Bukit Bintang
dekat sini.
Beberapa blog juga mengulas isu ini selepas ada pihak berjaya
merakamkan foto penjual Cina itu dengan beberapa jenis Al-Quran digital
di hadapannya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ramai juga yang melayari internet dan mengkritik perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Seperti yang kita sedia maklum, Al-Quran tidak boleh diletakkan di
atas lantai, dan untuk memegangnya pula kita perlu mengambil wudhuk dan
berada dalam keadaan suci.
Difahamkan lelaki bukan Islam yang menjual Al-Quran ini meletakkan stok jualan mereka di dalam kotak di bawah kaki mereka.
Imam Nawawi R.A bernah berkata, Haram bagi orang Islam
membenarkan orang bukan Islam memegang Al-Quran kerana keadaan mereka
yang berhadas serta tidak tahu hukum-hukum berkenaan menghormati kitab
suci itu.
Oleh itu, WAJIB bagi orang Islam merampas Al-Quran dari
tangan orang bukan Islam itu dan jika tidak dilakukan padahal ia
berkuasa, berdosalah ia.
Jika menyentuh dari segi isu agama, sememangnya pada kita ia menyalahi syarak.
Jika pihak seperti ini muncul kembali, pihak bertanggungjawab iaitu
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) khususnya perlu bertindak
memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka.
Kepada yang menyaksikan perkara seperti ini, eloklah aduan tersebut segera dimajukan kepada Jawi untuk tindakan.
1 comments
tak kan jawi tak nampak kut semua nak kena lapor baru nak bertindak susah la lagu ni
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"