Thursday, 10 July 2014

[INFO] Kuning Telur Sama Buruknya Dengan Merokok Bagi Kesihatan Jantung | WAJIB BACA !!!

[INFO] Kuning Telur Sama Buruknya Dengan Merokok Bagi Kesihatan Jantung | WAJIB BACA !!! | Telur sering disebut-sebut sebagai makanan yang sihat mungkin boleh mengakibatkan buruk terhadap kesihatan arteri.


Putih telur diketahui bermanfaat bagi kesihatan kerana tinggi protein, tapi sayangnya kuning telur mengandungi kolesterol tinggi yang hampir sama bahayanya dengan nikotin rokok terhadap arteri.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Western University di Kanada dan diterbitkan dalam jurnal Atherosclerosis menunjukkan bahawa diet kaya kuning telur boleh menyumbat arteri dan mengembangkan aterosklerosis.

Seperti dipetik dari onlymyhealth, Jumaat (7/9/12), aterosklerosis adalah suatu keadaan perubatan yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke, akibat pengumpulan plak di sepanjang dinding arteri.

Penyelidik di University Hospital juga melakukan kajian terhadap pesakit aterosklerosis tentang gaya hidupnya sehari-hari, pengambilan ubat-ubatan, riwayat merokok dan pengambilan kuning telur satu minggu. Kadar daripada 1.262 pesakit menunjukkan bahawa plak pada dinding arteri mengalami peningkatan secara signifikan selepas usia 40 tahun.

Tetapi peningkatan secara eksponen jug aterjadi pada pesakit yang mempunyai kebiasaan merokok dan yang mengambil kuning telur secara teratur. Besarnya pengaruh kuning telur dalam penumpukan plak arteri hampir dua pertiga dari pengaruh rokok.

Merokok secara langsung dapat mempengaruhi pembuluh darah dan pembangunan plak, sedangkan pengambilan kuning telur mempunyai kesan yang tidak langsung, iaitu dengan menjejaskan kolesterol darah secara keseluruhan.

Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan pengumpulan plak arteri secara berperingkat. Selain makan kuning telur, ada faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi kadar kolesterol, termasuk makan makanan berlemak, obesiti, kurangnya aktiviti fizikal dan genetik.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kuning telur sangat berbahaya bagi individu yang berisiko terhadap penyakit kardiovaskular. Namun, percubaan lebih lanjut dan kajian prospektif masih diperlukan untuk mengesahkan perkara itu.

Makan kuning telur menjadi bermasalah apabila digabungkan dengan sosej kerana kedua-duanya menyumbangkan kolesterol dalam peringkat yang cukup tinggi. Tetap makan kuning telur dengan putih telurnya untuk menjaga pengambilan lemak tepu dan tahap kolesterol yang lebih rendah dan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara signifikan. 

4 comments:

  1. Like seriously? Hish, tapi saya suka makan kuning telur. T___T

    ReplyDelete
  2. ish biar betul. dah la saya suka makan kuning telur.

    ReplyDelete
  3. tq sharing :) boleh tahan bahaya jgk la..fuh! tapi tak leh nak tahan la...telur kuning campur dgn sosej tuh..dap dap dap..huhuh

    ReplyDelete
  4. jgn percaya dgn yahudi, mereka sebenarnya cuba mengelirukan kita. mcm daging kambing yg dikatakn tak bagus utk kesihatan tapi para nabi kita dahulu kambing adalah sumber protein utama mereka. Berbalik kpd telur sebenarnya baik utk kesihatan... Dr Hamid Arshat pernah share pasal ni..
    Ada orang yang takut makan telor , kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"