[MISTERI] 10 Misteri Yang Gagal Diselesaikan Oleh FBI | PELIK TAPI BENAR | Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan
akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian
supranatural. Artikel ini bukan dimaksud membahaskan kejadian aneh
tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai
sekarang tak mampu dijelaskan sebab musababnya. Bahkan FBI juga telah
angkat tangan atau ‘menyerah’ dan masuk dalam ‘X Files’.
The Amityville |
Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
1. Rumah Hantu The Amityville
Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem
yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu
menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah
kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan
kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya
apenulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.
Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan
suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan
baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya
pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak lelaki pemilik rumah telah
menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa
ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main
di kepalanya.
Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur
mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka
sebelumnya minum ubat penenang. Ini memang menjadi misteri yang aneh.
Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan
terpenjara di sana sehingga mati.
Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28
hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan
ini. Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang
bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.
Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga
menyeramkan dengan mata merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang
kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana. Ada apakah?
2. Misteri Kematian Mary Reeser
Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan
oleh akal normal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh
badannya hangus dijilat api di rumahnya di Florida pada 1951.
Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak
dijilat api dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat
mustahil. Lebih aneh lagi, seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary
Reseer saja. Kerana ruangan di sekitarnya tempat dia ditemui, sama
sekali tidak terbakar. Padahal dianggarkan suhu api begitu tinggi sama
dengan kremasi mayat, dan sepatutnya menyambar ke seluruh ruangan bukan
hanya tubuh wanita itu.
FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut
ambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan
kenapa boleh terjadi demikian.
“Saya merasa sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar
dengan suhu tinggi, boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar
sedikitpun.
Apa sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951 itu? Ini sungguh
suatu misteri. Seharusnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini
adalah kejadian paling luar biasa yang pernah saya lihat.
Rambutnya pendek dengan wajah seperti orang ketakutan amat sangat.
Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang banyak
berbicara tentang sihir dan ilmu hitam,” ungkap Profesor Krogman dari
University of Pennsylvania’s School of Medicine. Ia mengaku tak mampu
menjelaskan misteri ini.
3. Misteri Jejak Syaitan Berkeliaran di Devon
The Devil’s Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah
fenomena yang aneh terjadi di Devon, Inggeris pada tanggal 8 Februari
1855. Setelah salji yang turun di malam hari, keesokannya muncul
jejak-jejak kaki di salji berukuran 1,5 inc (4 cm) dan lebar 2,5 inc
(6,35 cm).
Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya itu jejak
-jejak itu juga ada di atap bahkan di dinding bangunan yang tinggi.
Penduduk kampung menjadi hairan, risau dan tak mengerti fenomena apa
itu. Kerana tak jelas, orang pun mulai berfikir tentang makhluk aneh
malah mungkin syaitan yang berkeliaran di kampung mereka. Itu sebabnya
muncul istilah Devil’s Footprint.**
4. Misteri Zana ‘Manusia Purba’
Kejadian aneh ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad 18.
Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada
dalam Kesatuan Soviet.
Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan
jari ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.
Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa
dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan
kepadanya.
Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.
Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari
manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak
tahan pada udara panas dalam ruangan.
Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak
minum dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh memiliki
banyak anak dengan ayah yang berbeza-beza
Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di
sungai sejuk yang hampir beku. Penduduk kampung khuatir dengan sifat
aneh Zana, dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.
Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia
biasa dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk
desa. Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bungsunya
meninggal 1954.
Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang
menemuramah orang-orang tua di kampung itu. Zana juga memiliki banyak
cucu. Mereka berkulit gelap.
Salah seorangnya adalah Shalikula, ia memiliki gigi yang kuat
sehingga ia dapat mengangkat sebuah kursi dengan seorang lelaki duduk di
atasnya.
Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu
merupakan bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi
manusia moden. ***
5. Misteri Wanita Penyebar Gas
The Mad Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang
berada di balik serangkaian serangan gas yang terjadi di Botetourt
County, Virginia, pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada
pertengahan tahun 1940-an.
Kejadian pertama terjadi di rumah Cal Huffman, di Haymakertown,
Botetourt County, di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu
malam.
Sekitar 10:00 pada 22 Desember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau
yang tidak biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan
kembali lagi sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.
Ketiga serangan terjadi sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas
memenuhi seluruh rumah. Lapan anggota keluarga Huffman telah mati
bersama dengan Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di
rumah itu.
Berikutnya yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24
Desember. Clarence Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang
dari gereja 9:00 Mereka pun lemas.
Polis menyiasat kawasan ini, menemui paku yang diambil dari belakang
jendela, di mana bau gas sangat kuat. Diduga, lubang itu digunakan untuk
memasukkan gas ke dalam rumah itu.
Kejadian ketiga pada 27 Desember, di mana penduduk Troutville, A.
Kelly dan ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat
Huffman dan Hall.
Insiden keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore,
seorang tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan
mendengar suara di luar, sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui
jendela yang rosak. Kedua serangan malam yang dilaporkan dalam
Troutville, di rumah Kinzie G.
Terdapat juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam
10 tahun kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di Mattoon.
Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu
adalah seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti
seorang lelaki namun tapak kakinya milik seorang perempuan.**
6. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle
Bridgewater Triangle merupakan wilayah sekitar 200 mil persegi (520
km2) di tenggara Massachusetts, Amerika Serikat. Sejak masa penjajah,
daerah itu dikenali sebagai daerah yang mempunyai banyak misteri yang
sukar dijelaskan.
Berbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya
tentang fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di
sana dan juga fenomena hantu.
Berita yang beredar tentang nampaknya ‘bigfoot’, ular raksasa, burung
raksasa, serta ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan
wartawan telah berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.
Kawasan itu menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga
dipanggil Hockomock Swamp, yang berarti ” jiwa dwell”, atau penduduk
setempat menyebutnya sebagai “The Devil’s Swamp”
Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah
munculnya cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang
menyebut kelip kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya terlihat di
daerah berawa.
Fenomena lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater
Triangle. Lampu aneh itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel
keretapi yang melintasi daerah itu.***
7. The Clapham Wood Mystery
The Clapham Wood Mystery adalah nama yang diberikan terkait dengan
peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex,
Inggeris.
Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga setempat yang
mengalami fenomena aneh itu. Misalnya, binatang peliharaan keluarga yang
hilang secara tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa
sebab.
Sejak 1960 dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda
terbang aneh (UFO?), juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang
aneh dan ghaib.
Jalur yang dilaporkan misteri adalah jalur menuju hutan. Dari hasil
kajian diperoleh bahawa daerah itu memiliki tahap radiasi tinggi.
Laporan ini mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan daerah batu
kapur yang biasanya rendah radiasi.
Dalam foto, pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan
besar. Namun akibat ‘depresi’ pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar
mencari pokok pohon besar di sana.
Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan. Pertama Jun
1972 dimana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di
daerah itu. Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.
Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang.
Yang ketiga adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, mantan
wakil dari Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak
ditemui sehingga 3 tahun kemudian. Kejadian di Clapham ini hingga kini
tak dapat dijelaskan.
8. Misteri Rumah Hantu Summerwind
Summerwind Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion,
merupakan gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East
Wisconsin. Daerah itu merupakan salah satu daerah paling keras di
Wisconsin.
Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana
pernah terjadi kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan
semua gudang di sana.
Summerwind pada awalnya dibangun pada awal abad ke-20 untuk kegunaan
para nelayan. Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja
sebagai arkitek di perusahaan Tallmadge and Watson.
Kemudian dia mengubahsuai gedung itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia sudah diperingatkan bahawa gedung itu keras.
Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan
‘penunggu’ rumah itu. Kejadian itu terjadi era 1930, Lamont melihat
hantu di dapur rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya
itu.
Setelah kepergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.
Tahun 1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw
membeli rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal,
keluarga ini kerap diganggu berbagai kejadian aneh.
Hinshaws melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang
bergerak dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika
mereka masuk ke bilik, atau jendela yang tiba-tiba terbuka sendiri.
Mereka melaporkan beberapa kali melihat hantu wanita di sekitar ruang
makan.
Mungkin kerana tidak tahan tekanan, dalam waktu enam bulan setelah
pindah ke Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger , isterinya, cuba
bunuh diri.
Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya di Granton, Wisconsin.
Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang
menyebabkan munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian
gedung itu rosak teruk.
Yang anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya
banyak pokok tinggi melebihi gedung itu tapi sama sekali tidak disambar
petir.
Pada masa ini gedung itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak dijaga.**
9. Hopkinsville Goblins: Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya
Kejadian Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam
sejarah benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini terdokumentasi
dengan baik. Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan
Hopkinsville, Kentucky, pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi.
Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi
yang melihatnya. ” Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang
terlihat beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.
Mereka melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga
kaki. Saksi melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas.
Pada malam 21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor mengundang teman-temannya
gi untuk makan malam. Ketika menengok ke atas, mereka melihat ada cahaya
aneh di langit sebelah barat.
Kumpulan ini juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki
berkepala besar, telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya
mengeluarkan api.
Makhluk itu mendekati rumah Taylor sampai berjarak 20 kaki.
Orang-orang yang melihat mengambil kamera dan bersiap-siap
menggunakannya. Namun makhluk itu kemudian melarikan diri ke arah
kegelapan malam.
Setelah itu, semua anggota keluarga berulang kali melihat nampak
makhluk itu yang sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang
cerita aneh. Untuk lebih jelas anda boleh membaca artikel lengkapnya di
Wikipedia.**
10. Manusia Kadal dari Scape Ore Swamp
Kejadian ini terjadi di kawasan berawa di daerah Lee Country,
Carolina Selatan. Makhluk aneh yang digambarkan memiliki tinggi 7 feed
atau lebih dari 2 meter, berbadan tegap dengan kulit yang bersisik
berwarna hijau muncul di sana.
Matanya menyeramkan sebesar jeruk glowing. Makhluk itu memiliki tiga
jari pada tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk kadal dari rawa.
Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh
Christopher Davis, 17 tahun, penduduk setempat. Ia mengatakan, makhluk
yang ditemui pada masa membawa kenderaan melalui perbatasan Scape Ore
Swamp.
Kebetulan pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia
terpaksa berhenti untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia
mendengar suara di belakangnya.
Semasa berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang
berjalan menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang
keretanya, dengan melompat di atas bumbung kereta.
David berusaha lari. Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta.
Beberapa bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian
dialami David. Dilaporkan, mahluk itu mirip kadal raksasa berada di
dekat rawa.
Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 mil atau 5 km dari Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.
Dua bulan kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui
jejak tapak kaki berukuran 14 inc panjangnya. Lalu polis menghantar
laporan itu kepada FBI untuk siasatanlebih lanjut.
Namun analisa FBI menemui jalan buntu, hingga sekarang tak jelas, makhluk apakah yang berperawakan mirip kadal itu.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"