Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Hadith Palsu Popular Menuntut Ilmu Hingga Ke Negeri China | HADIS PALSU

8/26/2014 11:05:00 am

[EKSKLUSIF] Hadith Palsu Popular Menuntut Ilmu Hingga Ke Negeri China | HADIS PALSU | Hadith ini antara yang sering bermain di mulut-mulut kebanyakan orang ramai tidak kira orang awam bahkan para agamawan dan guru-guru sekolah turut terlepas pandang akan hal ini.


Para blogger, dan facebooker juga dengan begitu mudah menyebarkan hadith maudhu’ ini tanpa mengetahui akan kebenaran status kesahihannya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

اطْلُبُو الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصَّينِ
Tuntulah ilmu walau ke negara China

Tujuan mereka mungkin baik iaitu ingin menggalakkan agar rajin belajar dan menuntut ilmu walaupun hingga jauh dari tanah air. Ada juga di antara mereka yang berhujah bahawa Rasulullah menggalakkan umatnya menuntut ilmu hingga ke negara China. Ini adalah satu hujjah yang tidak tepat dan benar.

Hadith ini dinilai maudhu’ kerana ‘illah (sebab-sebab yang mencacatkan) pada sanadnya. Di dalam sanad tersebut terdapat seorang rawi bernama Abu Atikah Tharif ibn Sulaiman. Mengikut penilaian para muhaddith, beliau tergolong dalam rawi yang tidak thiqah, lemah dan salah seorang pemalsu hadith atau pereka hadith palsu.

Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Syeikh Bin Baz):

“Seandainya ini adalah hadith sahih, maka ia tetap tidak akan menunjukkan kelebihan dan keutamaan negara China dan juga rakyatnya. Maksudnya ialah hadith ini sekiranya ia sahih, ia menunjukkan keutamaan mencari ilmu itu walaupun ianya terpaksa menempuh jarak dan perjalanan yang jauh dan panjang. Justeru itu maksud hadith ini bukanlah menggalakkan untuk ke negara China itu sendiri kerana ia amat jauh dari tanah Arab” (al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba’dhi Ahadith Maudhu’ah wa Saqimah)

You Might Also Like

6 comments

  1. hadis palsu rupanya saya ingat cuma perumpamaan @ pepatah jer menuntut ilmu hingga ke negeri china. apapun info yang sangat bagus... terima kasih sebab kongsi

    ReplyDelete
  2. siapa dia syeikh abdul aziz b abdullah tu?

    ReplyDelete
  3. Jangan kita cepat melatah akan Pak Syeik Abdul Aziz punya komen, tahukah anda Rasullullah pernah ke China? Mungkin ramai tak akan tahu akan cerita sebenar disebabkan sejarah diseleweng oleh Zionist dan di sebabkan baginda pernah ke Beijing , baginda (Rasulullah adalah Raja tapi dinafikan) mengutuskan Saad Bin Abi Waqas ke sana.Kebanyakkan sejarah Islam di Tanah Jawi ini serta nusantara dan bukan di tanah Arab. Tanah Arab baru di buka semasa dan selepas kejatuhan Empayar Othmaniah dan keseluruhan tanah Arab di ambil alih oleh Wahabi dan Syiah. Dua puak ini di asaskan oleh zionist utk memecah belahkan Islam dan umatnya.

    Wahai Tuan2, sejarah Islam telah diselewengkan dan cuba di lenyapkan oleh zion. Janganlah kita terikut akan pak2 arab dan bangsa arab sebab bangsa arab yang sebenarnya adalah di sebelah sini.

    ReplyDelete
  4. Buku 40 hadis palsu popular ini telah tersebar di pasaran. Diterbitkan oleh PTS. Dan menurut penulis buku ini bahawa hadith yang didedahkan di dalam bukunya kesemuanya darjatnya adalah PALSU.

    Adakah pendedahan penulis ini benar keseluruhannya ? Marilah kita sama-sama menelusuri hadith-hadith yang dihukum sebagai palsu di dalam buku terbitan PTS di atas :

    Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China :

    Jawapan : Hadith ini bukanlah palsu bahkan mencapai darjat hasan dan juga darjat dhoief. Penjelasannya di sini : Status hadith : Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri China

    « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

    Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.

    شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174)

    أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف

    جامع الأحاديث – (5 / 2)

    اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب .

    مسند البزار – (1 / 55(

    وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ. قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66( وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))

    قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(

    الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد

    قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 /86(

    الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو

    عند العامة مما لا أصل له شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(

    والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا

    Sumber : Http://www.Forsansalaf.Com

    ReplyDelete
  5. xsampai lagii China. eh tertibe** hihihi

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad