[EKSKLUSIF] Pencuri Tulis Surat Minta Maaf Dan Kembalikan Wang Yang Dicuri Selepas 11 Tahun | KISAH NYATA KISAH BENAR | Seorang pencuri telah menulis surat permohonan maaf kepada mangsanya
serta turut menyertakan wang untuk membayar balik wang yang dicurinya.
Wu (Pemilik Interasian Market), di Nashville menerima surat tersebut yang
dihantar ke kedainya minggu lalu. Antara kandungan surat itu ialah,
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“saya tidak mengambil dadah lagi dan saya merasa bertanggungjawab
terhadap mereka yang telah saya sakiti sejak beberapa tahun kebelakangan
ini. Saya berharap anada akan menerima wang ini dan memaafkan saya.
Salam damai untuk anda, Tidak Dikenali”
Selain itu, pencuri yang juga bekas penagih dadah itu turut
mengatakan bahawa dia telah mencuri enam tin minuman keras dan sejumlah
$300 wang tunai dari kedai mangsa. Dalam surat tersebut, pencuri itu
menyertakan $400 wang tunai sebagai ganti rugi.
Selepas menerima surat itu, pemilik kedai, Wu, menjelaskan bahawa pihaknya sedia memaafkan individu terbabit. Katanya,
“kami nak dia tahu, jika dia sedang menonton, apapun keadaan anda sekarang, kami memaafkan anda atas apa yang telah berlaku”.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"