[EKSKLUSIF] 10 Petua Menjadi Suami Yang Mithali | PETUA DAN TIPS BERGUNA | 1. Isteri adalah manusia. Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi.
Apabila
mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka
perasaan mereka tenang dan gembira.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Namun, jika mereka tertekan dengan
apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari
jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf
pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan
sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah
tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai
masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui
‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ
isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak
langsung.
3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia
cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri
tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika
dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya
beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling
lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai,
dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan
dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas
berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering
diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah
cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu
anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi
bahagia.
5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah
oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami
seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia
memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari
lahir. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping
kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah
dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan
di dalamnya seperti “Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang
selama ini”.
6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri
berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa
berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda
tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah
hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.
Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai
pengorbanan isteri?
7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri
anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda
tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar
menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang
menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan
tersenyum.
8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri
100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan
bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan
wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan
maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas
jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka
lakukan selama ini.
9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu
kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang
dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan
yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan
menghargai saat manis itu.
10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi
isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah
anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan
segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya
kuasa ciuman suami kepada isteri.
Sumber: Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim
suka entri ni...
ReplyDelete