Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Apakah Hukum Mewarnakan Rambut? | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU

9/29/2014 09:00:00 am

[EKSKLUSIF] Apakah Hukum Mewarnakan Rambut? | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Masyarakat pada hari ini terutamanya golongan remaja amat gemar mewarnakan rambut dan menganggap ia sebagai satu trend terkini.
 
Golongan ini tidak sedar bahawa mewarnakan rambut merupakan salah satu daripada perkara yang dilarang dalam Islam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Ikuti tentang persoalan yang diajukan oleh individu tentang apakah hukum mewarnakan rambut dalam syariat Islam.

Soalan  : 

Assalamualaikum Ustaz , boleh ke seorang muslim mewarnakan rambutnya dgn pewarna rambut yang dicop halal contohnya dari jenama wella?. Sekiranya tak boleh dan dia telah pun mewarnakannya macam mana? Tolonglah Ustaz, saya ingat tahu jawapannya.

Dari, Mushkil. 

Jawapan :  

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. 

Haram bagi seorang Muslim mewarnakan rambutnya dengan pewarna rambut walaupun diperbuat daripada benda yang halal kerana perbuatan ini termasuk dalam perkara merubah ciptaan Allah. 

Tersebut dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas’ud yang bermaksud 

(Allah Ta’ala mengutuk sekelian wanita yang mengukir badan, dan yang minta diukir, wanita yang merubah bulu mata (memakai bulu mata palsu), mengikir gigi dengan sengaja untuk kecantikan dan sekelian yang merobah apa yang telah dijadikan oleh Allah) (H.R. Bukhari/Muslim) 

Harus bagi seorang Muslim mewarnakan rambut/janggut yang putih (beruban) dengan pewarna yang suci/halal (contohnya inai) selain daripada warna hitam. 

Sekian, wassalam.

You Might Also Like

2 comments

  1. Tak pernah terfikir pun nak warnakan rambut sebab fikir akan susah untuk mandi hadas dan sah ke tidak wuduk nanti.

    ReplyDelete
  2. 1. Sunat :
    Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
    2. Harus :
    a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.

    b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.

    3. Makruh :
    a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.

    b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

    4. Haram :
    a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b).

    b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad