[EKSKLUSIF] Apakah Hukum Mewarnakan Rambut? | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Masyarakat pada hari ini terutamanya golongan remaja amat gemar
mewarnakan rambut dan menganggap ia sebagai satu trend terkini.
Golongan
ini tidak sedar bahawa mewarnakan rambut merupakan salah satu daripada perkara yang dilarang dalam Islam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ikuti tentang persoalan yang diajukan oleh individu tentang apakah hukum mewarnakan rambut dalam syariat Islam.
Soalan :
Assalamualaikum Ustaz , boleh ke seorang muslim mewarnakan rambutnya dgn pewarna rambut yang dicop halal contohnya
dari jenama wella?. Sekiranya tak boleh dan dia telah pun mewarnakannya
macam mana? Tolonglah Ustaz, saya ingat tahu jawapannya.
Dari, Mushkil.
Jawapan :
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas RAsulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Haram bagi seorang Muslim mewarnakan rambutnya dengan pewarna
rambut walaupun diperbuat daripada benda yang halal kerana perbuatan
ini termasuk dalam perkara merubah ciptaan Allah.
Tersebut dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas’ud yang bermaksud
(Allah Ta’ala mengutuk sekelian wanita yang mengukir badan, dan
yang minta diukir, wanita yang merubah bulu mata (memakai bulu mata
palsu), mengikir gigi dengan sengaja untuk kecantikan dan sekelian yang
merobah apa yang telah dijadikan oleh Allah) (H.R. Bukhari/Muslim)
Harus bagi seorang Muslim mewarnakan rambut/janggut yang
putih (beruban) dengan pewarna yang suci/halal (contohnya inai) selain
daripada warna hitam.
Sekian, wassalam.
Tak pernah terfikir pun nak warnakan rambut sebab fikir akan susah untuk mandi hadas dan sah ke tidak wuduk nanti.
ReplyDelete1. Sunat :
ReplyDeleteMewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
2. Harus :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.
3. Makruh :
a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b).
b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.