[EKSKLUSIF] Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan
hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada
pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa
rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja
atau ke sebarang destinasi.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ada yang memanaskan enjin selama satu
minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah,
hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut,
kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan
perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin
seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk
menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan
sentiasa berprestasi tip top.
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa
kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana,
siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk
kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin
adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah
memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang
tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United
Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu
undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam
keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan.
Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara
yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun
suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan
enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum
meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat
iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”.
Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap,
bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah
selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah
bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih
baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’
kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam
amalan yang tidak betul ini.
DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan
pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan
berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat
dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk
kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun
ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di
dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan
mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan
api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke
bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak
pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada
palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam
pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh
yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api
sebanyak 5%.
PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap
dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami
kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang
sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura
(idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini
menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana
akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang
dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta
Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan
untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil
pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan
komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon
dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air,
mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan
air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen
ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam
keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan
sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya
pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu
kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan
bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan
yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini
cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda
perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama
enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic
Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi
kepada alam sekitar?
MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan
memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir
bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita
lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin
mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang
disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak
lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun
meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah
enjin.
Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil
sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan
pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen
dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu
bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang
dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh
pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat
pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke
bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju
apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam
keadaan idling?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang
kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui
hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara
yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang
kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat
rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas
hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu.
Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan
teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar
hidup.
Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam
sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika
kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti
tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli
barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa
bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah
langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam
sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh
setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling
ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan
perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa
pemanasan global.
Haaa... penah baca hal ni... sb tu jarang panaskan enjin... hehehe... alasan sbnrnya adalah malas nak tunggu... wakaka...
ReplyDeleteOh mcm tu ye..baru tahu ;)
ReplyDelete‘Royal King’ - This Is What Women Really Want !!
ReplyDeleteKLIK HERE !!