[EKSKLUSIF] Petua Menghalau Lipas Di Rumah | PETUA DAN TIPS BERGUNA | Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.
Lipas, salah satu binatang yang
mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar
dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul
akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi
perut lipas.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup
meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar
daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz
pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.
Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan
cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan
anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta
mencari tempat baru.
Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama
kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka
terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!
- Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
- Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
- Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
- Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
- Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
- Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Nice sharing... kat rumah mmg ada lipas tp xde la byk sgt...
ReplyDeleteSaya nak petua halau cicak
ReplyDeleteAda kucing dlm rumah tak ada cicak.
DeleteSy x minat bela kucing. Ada petua lain x selain dr ini?
DeleteUstaz ckap Selalu baca Quran utk halau cicak
DeleteKlau kerap damalkan baca Quran sgala bentuk gangguan merbahaya susah nk dtg & hinggap. Lipas pun ada gunanya utk berada d tangki septik tp yg berada dlm umh x byk mn pun!
DeleteAdusss geli la pulak tgk lipas2 tuu ..jap nak tutup dulu baru leh baca hehehe .geliiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteMesti try ni..
ReplyDeletebanyak jugak cara die..boleh buat dengan benda2 yang sedia ade kat dapur jer..hehe
ReplyDeleteKipas lipas ada?
ReplyDeletePernah terlihat sabun dimakan dek lipas. Mungkin tidak berkesan apabila lipas sudah lapar agaknya. Akan dicuba petua lain yang dikongsikan.
ReplyDeleteDh try jg..Tp kurang menjadi guna sabun ni.
DeleteSaya nak cuba!!!! Lipas byk... dh bnteras tp tnggal cucu cicit dia... huhu tq 4 info
ReplyDeleteNk try la... tkot lipas...huhu
ReplyDeleteByk jugak ya cara menghalau/menghapus lipas. trima kasih utk semua tips ni. boleh cuba. Ada tak petua menghalau cicak?
ReplyDeleteRumah saya pun byk cicak,kalau ade petua mohon share...
ReplyDeletedh cuba dgn daun pandan okey....sy nak petua halau cicak...tolonggg geli arrr cicak tu
ReplyDeleteIbu saya guna kulit telur utk halau cicak. Dia letak di atas almari atau tingkap, memang berkesan.
ReplyDeleteantara cara2 di atas siapa pernah try dan berjaya.....
ReplyDeletePetua halau pijat..ad tak?
ReplyDeletePetua halau tikus... tlg share. Tq
ReplyDeleteCuba tabur lada hitam kt tpt tikus/cencurut suka dduk....insyaallah bkesan
DeletePkai ubat gegat je..tabur je kt mne2..aslkn jgn tabur kt dlm peti sejuk..
ReplyDeletenak petua halau kelawar
ReplyDeleteTakut guna lemon lipas tu buat teh wo ais lemon lak nnt..hahaha ������
ReplyDeleteBagus info ni
ReplyDelete