[MESTI BACA] 16 September 1963 | Sejarah Penubuhan Malaysia
9/14/2014 10:58:00 am
[MESTI BACA] 16 September 1963 | Sejarah Penubuhan Malaysia | Ada apa dengan 16 September? Pasti tak ramai yang tau ada apa dengan 16
September yang tau nyer cuti.
16 September adalah Hari malaysia yang kita sambut dimana Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
16 September adalah Hari malaysia yang kita sambut dimana Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Fakta buat korang pada hari yang sama juga, 16 September diisytiharkan sebagai Hari Angkatan Tentera selain daripada Sambutan Hari Malaysia.
Rentetan Penubuhan Persekutuan Malaysia:
TARIKH | PERISTIWA |
---|---|
27 Mei 1961 | Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik |
23 Julai 1961 | Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen. |
Ogos 1961 | Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah |
18-20 Disember 1961 | Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak |
6-7 Januari 1962 | Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur |
17 Januari 1962 | Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha |
3-4 Februari 1962 | Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia |
21 Jun 1962 | Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu |
Julai 1962 | Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan. |
9 Julai 1963 | Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. |
16 September 1963 | Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia |
Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh
wakil-wakil kerajaan British pada Julai 1963, Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk
menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan
Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan
kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan
pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16
September 1963.
Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala
Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah
dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau
Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri
oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan
khas.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia
yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya
melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan
oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh
Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.
Dari segi sejarah - berapa ramai yang tahu bila Sarawak merdeka, begitu
juga Sabah dan juga Tanah Melayu. Mungkin segelintir sahaja yang tahu. Sabah
dan Sarawak serta Singapura bersetuju untuk bergabung dengan
Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara persekutuan (Singapura
keluar daripada Persekutuan pada 1969 manakala Brunei tidak jadi untuk
menyertai Malaysia, walhal Brunei antara penyokong kuat pembentukan
negara persekutuan).
Sebab utama adalah Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah empat negara berdaulat yang merdeka dari jajahan British. Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957, manakala Sarawak merdeka atas usaha raja terakhir Dinasti Brooke yang menyaksikan kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Sabah pula pada 31 Ogos 1963, bersama Singapura.
Sebab utama adalah Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah empat negara berdaulat yang merdeka dari jajahan British. Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957, manakala Sarawak merdeka atas usaha raja terakhir Dinasti Brooke yang menyaksikan kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Sabah pula pada 31 Ogos 1963, bersama Singapura.
SUMBER : Arkib.gov
3 comments
dapatlah jugak info and pengetahuan nak crta
ReplyDeletedapat jugok crta kat anak-anak.
ReplyDeleteentri bagus untuk rakyat semua.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"