[TIPS BERGUNA] Tips Untuk Menaikkan Seri Pengantin | MESTI BACA !!! | KALA bersanding di pelaminan indah, pastinya semua mata memberi tumpuan.
(Petikan Blog NotaHati)
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Bukan saja terpesona pada busana indah berjahit labuci dan jemeki, juga pada pelamin mewah dengan hiasan moden.
Menjelang tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan walau sesibuk
mana sekalipun tugasan di pejabat, wanita yang akan bergelar ratu
sehari seharusnya meluangkan masa memberi kemanjaan serta belaian pada
tubuh dengan mengunjungi pusat kecantikan yang menyediakan rawatan
khusus untuk bakal pengantin.
Mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka.
Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan
berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira
oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama
di hari berbahagia tersebut.
Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri
wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan
ringkas.
44 hari sebelum tarikh perkahwinan
Amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar, kelopak demi
kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah
bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga
mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda.
Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi.
Cubalah!
30 hari sebelum hari perkahwinan
Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil
segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam
air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan.
Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari.
Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia
mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus
menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine
Hygiene Cleanser” yang sangat baik. Cubalah.
Selain itu, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden
yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun
kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda.
Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda
memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi
menaikkan seri wajah anda.
Semoga tips yang diberikan sebanyak sedikit dijadikan panduan kepada bakal-bakal pengantin.
Paling penting, senyuman mempelai yang tentunya menjadi perhatian
tetamu. Sebagai raja sehari, setiap wanita mahukan kesempurnaan pada
hari bahagia mereka bukan saja dari segi luaran, namun kecantikan
dalaman yang menjadi keutamaan. Sekadar ini perkongsian yang diberikan.
Jika ada tips lain yang boleh dikongsikan bolehlah komen dibawah.
Lebih banyak bahan menarik di NotaHati (Klik)
perkongsian yang menarik abe...
ReplyDeletetips yg sangat menarik.. boleh tambah ilmu walaupun saya dah berkahwin.. :-)
ReplyDeletejemput datang ke SEIKHLAS MEMORI